Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-HONG KONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-HONG KONG. Papar semua catatan

30 Disember 2013

Hong Kong Part 1- Avenue Of Stars

Selamat Tinggal Macau.
Entah bila la nak sampai lagi ke sini.
Setelah 1 hari 1 malam berada di Macau,
kami meneruskan siri jelajah ke Hong Kong.

Hari ke 2 kami mula bergerak ke Hong Kong.
Menaiki bas ke jeti dan perlu melalui pemeriksaan imegresen yang ketat sekali lagi.
Tension betul.
Antara Macau dan Honk Kong seolah-olah 2 buah negara
yang berbeza dan tidak sehaluan.
Pegawai imegresen pun sama seperti di Macau,
bermuka bengis, masam mencuka dan tidak mesra alam..
Rasa nak je bagi penumbuk sebijik sebagai salam perkenalan.
Ibu sempat juga kutuk-kutuk diaorang dalam versi Kelate.
"Doh la muko huduh..berlagok..5sen xlaku weh"....Muahaha.....
Bukan main adik dan anak2 gelak.
Depa pandang sinis tengok kami gelak.
Pedulikan...hahaha....
Perjalanan dari Macau ke Hong Kong mengambil masa 1 jam
dengan menaiki feri..
 Kami menaiki feri yang 3 kali ganda besar berbanding feri ke P.Langkawi.
Di atas feri disediakan mini bar dan pelbagai kemudahan lain.
Nak main kejar-kejar pun boleh..
Ada berani???????
 Menunggu untuk menaiki feri ke Hong Kong.
Jetinya sangat-sangat besar dan canggih.....
 Tidak lama kami menunggu.
Dalam 10 minit pengumuman dibuat untuk kami berlepas.

Selajur dalam feri ada 9 tempat duduk....luas dan selesa.
Kerusi pun macam dalam flight.
Suhu mencecah antara 5-6 darjah celcius.
Sejuk dah tahap frozen.
Kami juga disambut dengan bangunan pencakar langit dan kereta-kereta mewah
 menjalar di jalan raya.
Rasa diri ini bertambah miskin di sini......huwaaaaa......
Penduduknya tidak mesra alam.
Main langgar je bahu kita tanpa memohon maaf.
Hish!!!! rasa ringan je tangan nak bagi penumbuk...muhaha.....
Bak kata Farouk :
Orang sini tak ada rukun negara ke 5 kot ibu..... he3x

TIba di Hong Kong kami di sambut oleh seorang pemandu pelancong yang lain bernama John.
Boleh tahan mesra alam.
Yelah dah tugas dia jadi pemandu pelancong dan perkhidmat dia
tu kami bayar.....
Nak tak nak kenalah dia "berlakon" jadi mesra kot...he3x.
Katanya gaji dia mencecah RM18,000 sebulan.
Melopong mulut ibu.......memang kat sini negara maju.
Tak heran kalau taraf hidup mereka tinggi......

Kami dibawa pusing-pusing bandaraya H.Kong yang begitu maju.
Penduduknya amat-amat padat....
Lepas tu kami dibawa ke Avenue Of Stars.

Bergambar dengan  Bruce Lee Statue.

Farouk bergambar dengan salah satu cop tangan pelakon terkenal HK.
Kat sini banyak cop tapak tangan pelakon terkenal dari H.Kong.
Ibu pun bukan kenal sangat depa ni.
Yang tahu cuma Bruce lee dan Jackie Chan.
Yang lain tu main belasah jelah.....

Nampak replika paksa kanak-kanak rebina posing.
Nasib la anak-anak ibu.
Entah bila lagi kita nak sampai sini.
Tahun depan sisi cuti-cuti obesi dah tak masuk list ke China nie....he3x.....

Masa kat sini orang ramai sangat walaupun sejuk membeku.
Nak posing kena menyelit jelah.
Pandai2lah nak hidup kat negara orang....

Bangunan pencakar langit diseberang muara sungai.....

View bandaraya Hong Kong yang pesat maju....
Kanak-kanak rebina dah sejuk membeku....
Berlatar belakangkan bandaraya HK.
Kami tak lama di sini kerana hujan mula turun.
Memang kurang bernasib baik kerana masa kami tiba,
HK dilanda suhu sejuk dan hujannnnn....
Rasa beku untuk menjelajah ke tempat-tempat lain.....huhuhu.....
Selamat Tinggal Avenue.
Rasa terkilan pulak tak sempat nak menjelajah secara terperinci kat situ...
Ok, Jom2 ke Disneyland.
Kanak-kanak rebina dah tak sabar-sabar nak ke sana.

About me