Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Oktober 2014

Resepi Ringkas Kambing Panggang Blackpepper

Menu feveret ibu dan anak-anak.
Kami ni peminat daging kambing.

Takada resepi khusus nak panggang daging kambing ibu nie.
Saja buat gempak....he3x...
Ibu cuma perap dengan blackpepper sos je dan panggang dalam
pemanggang ajaib tu.....
Dan ibu suka perisa ladahitam yang kuat so ibu
tambahlah serbuk lada hitam dan sedikit minyak masak....


Ok itu saja n3 ibuhari ini.
Walaupun di Johor ni weekend hari Jumaat dan Sabtu namun ibu tetap
hadir ke sekolah untuk sesi persediaan untuk perkhemahan.
Tak ada maknanya nak golek2 kat rumah.....

Ayah pun 3 hari terbang untuk berseminar.......emmmmm....

30 Oktober 2014

Aiskrim Ringkas Homemade dan Farouk

Sejak dua menjak ni fenomena aiskrim homemade semakin femos emos di alam maya.
Maka si bujang ibu Farouk pun terjebak sama walaupun ibu dah
cakap beli je aiskrim kat kedai tu.
Lagipun kat rumah dah tinggal Farouk berdua dengan Naurah.
Rasa macam tak berbaloi pula nak buat.
Beli apa pun sekarang ni memang tak luak.

Bagi memenuhi keinginan si bujang ibu maka terpaksalah layan kehendaknya.
Dan macam biasa Ayah akan jadi superman akan dapatkan
stok bahan yang tak ada di rumah seberapa segera..

Malam-malam operasi menyepahkan dapur ibu bermula.
Ibu dah warning awal-awal.
Lepas buat terus basuh dan kemas......
Ibu dah tahu perangai Farouk tu.....
Suka sangat guna perkataan "NANTI".......

Balik sekolah dah tak sabar-sabar nak menikmati aiskrim hasil airtangannya yang mulus tu.
Dia suap ke mulut ibu...
Emmmm...sedap....lemak berkrim.

Meh intai resepinya :
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat.
2 sudu besar ovallete
2 sudu besar krimer@susu tepung ( kalau ada...)
biskut oreo dihancurkan.

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo
 (Farouk terus belasah masukkan biskut oreo..sebab tu aiskrimnya dah bertukar warna coklat).
Blender sampai kembang.
(Farouk guna blender je.)
Taburkan biskut oreo.
Sejukkan dalam petiais selama lebih kurang 5-6 jam.


28 Oktober 2014

Petua Duduki Exam dan Good Luck 4Farahs

Minggu ni Along, Angah, Beby dan Naurah akan duduki peperiksaan.
Kebetulan Naurah pun menduduki PBS serentak dengan kakak-kakaknya di IPTA.
Beginilah saban waktu ibu tidak putus-putus berdebar-debar bila anak-anak duduki exam.
Setakat ni syukur Alhamdulillah 3Farahs masih kekalkan prestasi cemerlang mereka. 
Begitu juga Naurah yang terus cemerlang walaupun bergelar pelajar sekolah harian
di atas pilihan dia..

Sebagai seorang ibu pastinya ibu tidak akan pernah jemu bersujud
memohon doa agar anak-anak ibu menjadi 
insan cemerlang dunia dan akhirat.
Tiada petua khusus yang ibu amalkan cuma sekadar
ibu mengamalkan petua yang mama berikan
dalam mendidik kami berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran... ... 

Gud luck Along..
Along merupakan perintis untuk adik-adik melangkah ke IPTA.
Menjadi pembakar semangat adik-adik.

Gud luck Angah.
Ibu tahu Angah seorang yang tekun dan gigih belajar.....
Dan ibu pasti Angah mampu meraih pointer yang terbaik......
InsyaAllah......

Siap w.apps jadual exam.
Skema ibu sorang ni....he3x.....

Gud luck Beby....
Ibu bangga dengan Beby.
Sekarang Beby makin tekun belajar kerana course yang yang dipilih bersesuaian dengan cita-citanya.
Kekalkan kecemerlangan Beby dalam exam yang telah Beby duduki
sepanjang pengajian di sana.......

Puteri Bongsu ibu.
Gud luck Naurah.
Ibu tahu Naurah mampu kekalkan kecemerlangan seperti yang diraih semasa di tingkatan 1
dan peperiksaan yang telah Naurah duduki sebelum ini.
Semoga Naurah mampu kekalkan Anugerah Emas nanti.....

Ya Allah,
Permudahkan anak-anak ku dalam menjawab peperiksaan yang mereka duduki.
Lapangkanlah dada mereka..
Kuatkan ingatan mereka...
Terangilah hati mereka agar dapat memahami apa yang dipelajari.....
Kurniakan minda yang cerdas....
Semoga mereka mampu meraih kejayaan cemerlang dalam
setiap peperiksaan yang mereka lalui......

Sedikit berkongsi petua:
Ibu selalu pesan pada anak-anak setiap kali melangkah ke dewan peperiksaan
 agar amalkan bacaan :
Al-fatihah pertama disedekahkan untuk ibu dan ayah
Al-Fatihah ke 2 disedekahkan untuk pemeriksa kertas (agar lembut hatinya)
Al-fatihah ke 3 disedekahkan pada diri sendiri agar dipermudahkan
menjawab soalan.
Al-Fatihah...


27 Oktober 2014

Barat dan Timur

Tamatlah sudah percutian mix sem Along dan Beby selama seminggu.
Sekejap je masa berlalu.
Tak puas bermanja dengan mereka berdua.
Itupun ibu rasa tidak lengkap kerana Angah tak dapat pulang kerana sibuk dengan program u.
Dengan berat hati ibu terpaksa melepaskan mereka pergi.
Along ke Melaka dan Beby ke Kuantan.

Beby menaiki bas Cepat Ekspress dan Along drive sendiri ke Utem.
Alhamdulillah masing-masing selamat tiba ke destinasi dengan selamat.
Tinggallah ibu meneruskan rutin harian dan jauh disudut hati sarat dengan rindu.....

Gambar selingan....Alahai Beby..balik sekejap pun diangkutnya 2 ekor bantal busuknya....

26 Oktober 2014

Resepi Roti Puri

Roti puri menu kegemaran anak-anak ibu.
Hasil airtangan en ayah.....he3x..
Sebab tu bila orang tanya resepi ibu tercengang seketika.
Bila ayah memasak di dapur ibu tak suka kacau dan malas nak ambil tahu...
Yang pasti ianya dah siap terhidang.....

So kali ini ibu tepek la "secret recipe" en ayah yang tak jadi rahsia lagi.
Itupun atas permintaan rakan-rakan jugak.
Menu simple dan sedap dimakan terutama untuk sarapan pagi.
Ayah akan buat banyak-banyak doh roti ni dan disimpan dalam petiais.
Pagi-pagi ibu gigih la mencanai dan goreng untuk sarapan anak-anak.

Meh kita intai resepinya:
Resepi :
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil mauripan (yis)
4 sudu besar minyak masak/majerin
air
secubit garam
sedikit gula (*kalau tak suka tak perlu letak )

Cara-cara:
1. Masukkan tepung + mauripan dalam bekas dan digaul rata.
2. Masukkan gula + garam + minyak masak/majerin ke dalam periuk dan panaskan seketika saja.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit 
dan kacau sebati. 
4. Gaul dengan mengunakan tangan hingga terbentuk seperti serbuk roti.
5. Kemudian tambah air  sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
6. Tutup dengan kain lembab macam kita buat donut tu dalam masa 40-50 minit..
7. Bila doh dah kembang, bentukkan bulat-bulat sebesar bola ping-pong.

Macam nilah bentuknya.
Ini en ayah siap bungkus satu persatu dengan plastik untuk
buat restok dalam peti ais.
Ianya tahan lama kalau disimpan dalam petiais.
Bila nak goreng baru canai.

8. Sebelum digoreng canai dulu doh tu nipis macam kita nak buat kulit karipap.
9. Goreng dalam minyak yang panas (*pastikan api dalam keadaan sederhana sebab ia mudah garing)
10. Boleh dimakan bersama sambal tumis/ kari dan sewaktu dengannya.
Selamat mencuba.

p/s:
Ni resepinya mama QS.

24 Oktober 2014

Maskot dan Sukan Tahunan

Selesai sudah 1 lagi program wajib sekolah iaitu Kejohanan OlahRaga Sekolah 2014.
Fuhhhhhh!!!!! menarik nafas lega ibu.
Dah lebih seminggu berpanas di padang.
Kulit wajah dah merentung......

Ibu yang sentiasa control ayu cuma diberi tugasan yang ringan-ringan saja.
Semasa acara balapan ibu merangkap Ketua bahagian lompat jauh menggunakan "kuasa besar" 
sekadar duduk dan mencatat....
anak-anak murid dan rakan guru yang bertugas bersama ibu dengan baik hati
volunteer untuk lakukan tugas ukur mengukur...muhahaha...."ada aku kisah".

Hari kemuncak kejohanan dijalankan pada hari Rabu (21.10.2014)
tepat jam 2.00 petang.

Macam biasa cikgu-cikgu perempuan yang "over" rajin + kreatif
bertukus lumus menyiapkan maskot dan aksesori untuk perbarisan.
Melakukan tanpa "arahan" dan "paksaan"...
Semuanya dari hati yang ikhlas +  seronok.
Wang ringgit + tenaga dicurahkan tanpa berkira.....
Macam biasa ibu gigih  menjahit dan men"edit" kain baju.

Dan anak kecil ini dengan rela hati menawarkan khidmat baktinyanya sebagai salah seorang 
maskot pasukan Hijau @ Saujana.

Berpeluh cikgu-cikgu menyiapkan lebih kurang 50orang anak-anak ini.
Budak-budak kecil macam itulah....dari A-Z kena cikgu yang siapkan......

"Ku Sangka Panas Hingga ke Petang....Rupanya Hujan di Tengahari.."
Apa nak buat....tiba-tiba hujan turun disaat acara gilang gemilang hendak bermula.
Acara terpaksa diteruskan walaupun hujan turun.....
Redha dengan keadaan........

 Maskot Pasukan Biru a.k.a Samudera....
Tema : Ocean

 Maskot Pasukan Merah a.k.a Mentari
Tema : Binatang.

 Maskot Pasukan Hijau a.k.a Samudera
Tema : Petanian

 Maskot Pasukan Kuning a.k.a Purnama
Tema : Harimau Malaya

 Anak-anak kecil yang comel ni dari Pra Sekolah...
Ibu dah cubit-cubit pipi dia orang sampai merah....geram sangat tengok kecomelan mereka.....

Macam biasa bujang ensom ibu yang berkaca mata hitam tu mewarisi
bakat semula jadi ibu dan 4Farahs yang "kaki bangku" dan tidak ada bakat dalam
acara sukan.....
So Farouk dilantik dengan rasminya menjadi Ketua Kontajen Pengakap...
Alahai...tak pelah anak.....usung jelah bendera tu ye.....

Macam biasa acara kemuncak dimulakan dengan acara perbarisan kontajen.
Masa ni hujan turun dengan agak lebat.
Generasi Y dan guru-guru serta pegawai sukan tidak berganjak di tengah padang.
Menguji ketahanan diri dan antibodi......
Biarlah sesekali mereka merasai berpanas dan basah serta main lecak di padang.....

Anak-anak yang kuat dan tabah.........masing-masing sebenarnya
sangat seronok berhujan....
Ibu sesekali melarikan diri sebab risau DSLR dah basah ditimpa hujan....

 Pelbagai acara dipertandingkan memakan masa selama2 hari....


 Dan bujang ibu ditugaskan membantu pegawai sukan untuk membawa peserta dan keputusan
perlawanan pada hari itu.

Nun...cuba lihat seorang cikgu dah tak senang duduk.....terpekik2 bila acara dijalankan.
Merangkap juru gambar......Adeh.....hilang segala keayuan ibu.....

Sebagai juru gambar ibu terpaksa akur yang gambar ibu tiada
dalam senarai.
Ini ajelah sekeping gambar ihsan yang Farouk snap.
Itupun nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang
usahawan berjaya kerana setiap tahun menaja baju sukan kami.
Yang paling ibu suka tahun ini baju kami ditempah begitu Islamik......
Labuh dan besarrr........
Terima KasihTn Haji Mohd Janis B Abu Bakar...Jasamu dikenang.

 Pegawai sukan dan sebahagian peserta.

Pasukan Kuning a.k.a Purnama dinobatkan sebagai Juara dengan
punggutan mata 506. 
Pasukan ibu Hijau a.k.a Samudera kalah 3 mata aje daripada Purnama.
Apapun kami redha.......Jumpa lagi diacara sukan tahun depan......

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"

22 Oktober 2014

Weekend di Ceragem

Kisah weekend ibu berdating dengan ayah kat service therapy Ceragem.
Dah seminggu ayah sibuk dok ajak ibu ke sana tapi disebabkan kesibukan ibu
mengalahkan PM maka temu janji ibu dan ayah terpaksa ditangguhkan.
Maka terpaksalah ayah pergi keseorangan.

Hujung minggu dengan "Akta Paksaan" ayah suruh ibu
bersiap seawal pagi.
Disuruhnya ibu berpakaian serba putih....
Hai.....tetiba ibu jadi pelik dengan ayah sebab sebelum ni
Ayah tak kisah ibu melaram pakai baju warna apa...fesyen apa....
Lagi ibu confius bila Ayah pun berseluar dan ber t-shirt putih....
Kali ini ibu ikut perintah ayah walaupun dalam hati tertanya-tanya.
Bila masa Ayah paksa ibu untuk pakai baju sedondon dengannya
sedangkan selama ni ayah terpaksa akur dengan perangai ibu yang tak suka
pakai sedondon dengan sesiapa....

Jenuh menyelongkar nak cari t-shirt putih + berseluar putih....Hish....
Lepas tu ayah suruh ibu bertudung putih...
Ibu mana ada koleksi tudung putih  dan t-shirt putih so ibu belasah jelah tudung biru
maching dengan lengan t-shirt warna biru......

Ayah bawa ibu ke Muar.
Tiba disuatu tempat ibu lihat ramai makcik2 berpakaian putih sedang beratur.
Hairan bin ajaib....ada kematian ke apa...tertanya-tanya ibu sendirian...
Ibu mengikut arahan ayah tanpa banyak soal.

Setelah gigih beratur untuk dapatkan no akhirnya kami berjaya masuk.
First kena bersenam dalam panas tanpa aircond...
Sengaja aircond ditutup agar kami rasa macam dok dalam ketuhar.
Maka ibu yang masih blur turut bersenam dengan perasaan malu-malu kucing.
Makcik2 kat situ semua sporting....bersenam dan goyang-goyang ikut rentak
dari lcd yang ditayangkan.....
Fuh!!!!! memang berpeluh sampai ke kaki......
Lepas bersenam barulah aircond dibuka...Wah rasa nyaman macam dok dalam petiais...


Ni nombor yang kami dapat....
Itupun kami dalam kumpulan ke3.
Setiap kumpulan yang nak dapat rawatan dalam 20 orang....

Di sini mengajar ibu menjadi seorang yang sabar dan cool.
Lagipun ceramah yang disampaikan sangat-sangat berguna. 
Banyak ilmu baru yang ibu dapat.

Ni ibu ambil dari en google.
Inilah benda alahnya.
Katil canggih a.k.a "berhantu" yang buat ibu sangat-sangat kagum.
Bukan kagum kerana ianya cantik tapi kagum dengan teknologinya yang
sangat maju dari Korea.
Cuma 20 minit je ibu baring atas tu selama 2 hari @ 2sessi
dan semua sakit belakang dan pinggang yang ibu alami hilang.
Alhamdulillah....rupanya cerita makcik2 kat situ
sebuah kisah benar........
Semasa di sana ibu sempat "interview" beberapa orang kakak
dan makcik yang sanggup beratur semata-mata untuk dapatkan rawatan alternatif.
Dari cerita yang ibu dengar semuanya pulih dari lumpuh/strok/sakit tulang belakang
dan beberapa jenis penyakit kronik setelah beberapa kali datang ke situ.....
Kesembuhan yang Allah bagi setelah mereka berusaha.....

Ibu cubalah usha ayah tanya berapa sebenarnya sebuah katil ni.
Dengan muka tak ada perasaan ayah cakap RM12K je.
Haaaaaaa.....melopong mulut ibu 360%.
Mahalnya....Ayah jeling gelang yang ibu pakai.
Alah 2 utas gelang tu pun dah lebih RM12K....
Tak pernah kata mahal pun..sanggup beli bila berkenan......
Adeh...terkena batang hidung sendiri.
Sabar jelah......

Dan paling ibu kagum...motivate pusat ni bekas seorang pensyarah lulusan
luar negara....
Sanggup berhenti kerja setelah dia sendiri buat rawatan menggunakan Ceragem ni
dan sembuh dari penyakit yang ditanggung sejak berusia 9 tahun....
Dari situ dia berkongsi pengalaman pahit dengan kami.
Dan lebih ibu kagum.....pusat ini tak pernah promosi katil ni
bagus ke apa...tak pernah promosi suruh cuba beli...
tak pernah sebut pun pasal harga macam yang biasa ibu lihat
orang promosi produk pemakanan or kosmatik....

Yang pasti kami pengguna secara percuma macam dah jatuh cinta
dan jauh disudut hati ingin memilikinya........
Itulah kelebihan yang dimiliki Ceragem.
Dan ibu tidak sabar menanti weekend seterusnya untuk\
pergi ber"dating" lagi dengan ayah ke sini......

21 Oktober 2014

Terima Kasih Nuffnang

Dengan bangganya kali ini ibu nak tayang cek nufnang.....ha3x....
Lebih je ibu nie...
Percaya tak sudah hampir 6 tahun ibu berblog dan ini merupakan kali pertama ibu
terima cek daripada en nuffnang.....
Dasyatkan.

Masa mula-mula berblog ibu memang langsung tidak pernah ambil
perduli pasal nuffnang.
2-3 tahun berblog baru ibu pasang en nuffnang.
Itupun ibu spesis yang agak blur tentang blog ni pasang di atas nasihat
rakan-rakan blog.
Maka dengan penuh blur ibu pun tepek lah iklan ni kat blog.
Masa tu rajin jugak jengok dan intai-intai sehingga angka menunjukkan RM300.
Entah dimana silapnya, lama-lama ibu terus lupa tentang en nuffnang...
Lupa terus dengan password........Sadiskan.
Tak ada rezeki ibu.
Dengan penuh sabar dan tawakal ibu terpaksa delete semua diblog ibu.

Terpaksa bermula dari "zero"semula....berdikit-dikit...dengan
ikrar dan sumpah setia tidak akan lupa lagi tentang password nuffnang.
Mengambil jalan selamat menggunakan password yang sama dengan blog......

Adeh......sibuk je ibu ni tepek cek.
Ibu dapat ciput je pun nak kecoh....muahaha.....
Tak kisahlah kan...rezeki jugak tu.
Sangat-sangat bangga tengok rakan-rakan blog menerima amoun yang sangat lumayan....
Tahniah untuk kalian.




Setelah di cash out nilah yang ibu dapat lagi.......sikit-sikit lama-lama mengunungkan.....he3x.

20 Oktober 2014

Beginilah Nasib

Hari ini saja nak tepek isu terhangat yang panas bulan lepas.
UPSR BOCOR dan orang pertama jadi mangsa ialah cikgu.
Awal pagi buka FB penuh dengan cemuhan.
Tengok TV....dengar radio.....semuanya seolah-olah menunding jari kepada cikgu....
Surat khabar sebesar-besar alam memuatkan berita sensasi di muka depan.
Cikgu-cikgu dipersalahkan di atas kebocoran ini sedangkan masyarakat
tidak tahu keadaan kami menangis dipagi hari bila pengumuman kertas Bahasa Inggeris bocor
dan peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.
Kecewa...sedih..sayu....pilu....
Sia-sia saja rasanya pengorbanan rakan-rakan guru selama ini.
Siang malam datang sekolah.
Kepentingan diri diketepikan demi melihat kejayaan anak-anak didik.

Dan yang paling sadis bila cikgu-cikgu yang ditahan reman didapati TIDAK BERSALAH.
Berita ini hanya dimuatkan "sekadar dipinggiran" dalam akhbar.
Dalam TV langsung tak ada berita.
Tidak siapa pun yang perasan kecuali orang-orang yang membelek berulang kali.

Tak kisahlah....cikgu-cikgu dah terbiasa dengan cemuhan dan kutukan.
Walau apapun cabaran dan ujian mendatang.
Guru tetap menjadi lilin menerangi orang lain.....
Semangat untuk mendidik tidak pernah pudar.
Semoga Allah terus beri kekuatan buat insan yang bergelar guru.....InsyaAllah.

18 Oktober 2014

Movie Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92

Sekadar kenangan.
Terima Kasih kepada rakan ibu yang bersusah payah hasilkan movie ini En Hafiz Amrose.
TQSM...jasamu dikenang.
video


video

video

17 Oktober 2014

JJCM Restauran Sampan

Kalau balik ke kampung, aktiviti utama kami anak-beranak pasti JJCM dan bershopping.
Maklumlah Kelantan terkenal dengan syurga makanan dan pusat menghabiskan duit.
Kisah ni sebenarnya dah lama terperam dalam draf.

Anak-anak riang ria.

Misi utama mencari menu feveret ibu dan Angah.."meehoon celup".
Tempat yang biasa kami tuju ialah Kampung Tunjung yang menghala
ke Wakaf Che Yeh.

Restauran yang terletak di tepian sawah padi.
Ibu dan anak-anak panggil restauran sampan je sebab
kat situ ada replika sampan sebagai hiasan.

Pekerja dan tukang masaknya kebanyakan terdiri daripada
orang Siam.
Airtangan orang Siam ori memang boleh tahan sedaplah.

Menjamu selera.....

Feveret ibu 'meehoon celup' versi gear box.
Puas hati dapat hirup kuahnya.....

Somtam yang pedas berasi tapi sedap.
Selesai makan kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tapi malangnya
hujan turun dengan lebatnya...
Emmmm basah lencun dan akhirnya kami balik tanya sempat
membeli belah...

Selang 3 hari kami ke restauran tu lagi.
Kali ni angkut mama sekali.

Bukan senang nak bawa mama JJCM bersama sebab mama dah lama tidak dapat
berjalan seperti orang lain dan penglihatan mama pun terganggu..
Walaupun mama tidak sihat dan pengidap beberapa jenis penyakit kronik namun
ibu sangat kagum dengan ketabahan mama.
Sedikit pun dia tidak pernah tunjukkan dia sakit terutama pada anak-anak.

Banyak-banyak menu, 2 orang kanak-kanak rebina ni memilih megi goreng...adeh....

3Farahs

Menghitung hari nak balik ke Kelantan pada cuti nanti......

About me