Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Julai 2014

Naurah dan Semprit Susu.

Sejak 2 menjak ni memang femes betul kuih semprit susu ni.
Resepi ni ibu share dari FB.
Sapa-sapa nak jengah bolehlah ke FB resepi ringkas.
Memang banyak menu sedap dan ringkas.

Ni yang ibu sempat copy.
kredit kepada tuan empunya resepi ni kerana sudi berkongsi.

Weekend lepas Naurah request nak buat semprit.
Memang senang sangat nak buatnya dan bahan pun memang ada di dapur.
Kuih ni pun Naurah bakar dalam kuali ajaib ibu je.
Malas dia nak kemas avon ibu yang penuh muatan bertenggek kat atas.
Alhamdulillah menjadi jugak dan masak dengan jayanya.

Rupa tak begitu menarik.
Ada yang kembang semangkuk, ada yang kecil...
tapi yang penting rasanya memang sedap.
Bak kata tuan empunya resepi, ianya cair dimulut......

22 Julai 2014

Selesai Jugak Akhirnya.

Fuh!!!!! berpeluh ibu melayan 4Farahs ni dalam siri jelajah mencari baju raya.
Dah 3 minggu misi mencari hingga ke Melaka.
Entah dah berapa puluh kedai dan butik yang kami masuk.
Naik lenguh kaki ibu melayan 4 Farahs.
Akhirnya settle juga pencarian baju raya 4Farahs.

Bila ibu merungut mereka ni cerewet, sedap je masing-masing berkata:
"Kamikan anak ibu, so cerewet macam ibulah"....
Adeh, ye ke ibu cerewet????
Ibu ni bukan jenis yang terlalu memilih berdasarkan kualiti , harga  atau jenama.
Yang penting selesa di pakai.
Tak kisah ianya murah ke atau sekadar dibeli di pasar malam.
Kalau selesa tetap jadi pilihan ibu......

Inilah antara tempat yang kami pergi.
Harga baju readymade sekarang pun melambung tinggi.
Paling murah pun dalam RM150-RM280 sepasang mengikut kualiti kain dan jahitan manik..
Terpaksalah Ayah melabur lebih sikit untuk anak-anak daranya ni.
Setiap orang diperuntukan 3-4 pasang baju sebab banyak majlis
di kampung ibu di hari raya ke 3 dan ke 4 nanti.

Kalau Farouk tak ada masalah sebab anak lelaki ni senang nak cari.
Lagipun Ayah dah settlekan baju Farouk sedondon dengan Ayah.

Budak yang paling cerewet memilih baju...Adeh, sabar jelah ibu melayan keinginannya.

Alhamdulillah diminggu terakhir ni ibu dah settle baju raya anak-anak dan kuih raya.
Mungkin esok ibu perlu settlekan duit raya pulak.
Lega rasanya dan sekarang ni menghitung hari untuk balik ke kampung.

21 Julai 2014

Pelbagai Menu dan Resepi Ramadan Kami

Mintak ampun ye ibu/mama/mummy dan mak2 sebab hari ni ibu nak tepek
gambar makanan.
Ni pun dah pengakhir Ramadan.

Rasanya sejak berpuasa ibu belum lagi tepek menu berbuka ibu.
Sebenarnya setiap kali nak berbuat demikian hati jadi sedih mengenangkan
'saudara Islam' yang sedang menderita di sana...Ya Allah.
Ibu tepek ni pun bukan ada niat lain sekadar sebagai
catatan kenangan kami sekeluarga.

Menu iftar ibu tidak ada bezanya dengan hari-hari biasa.
Cuma bezanya kalau hari biasa anak-anak ibu makan nasi
1x sahaja tapi bulan puasa mereka akan makan nasi 2x iaitu
sewaktu berbuka dan bersahur......

Sejak kawin dengan ayah, ibu dilatih agar tidak membazir
dan memasak menu ala kadar saja.
Dan kami boleh dikatakan tidak pernah membeli
lauk pauk dibazar ramadan kecuali kuih muih.
Itupun biasanya ayah akan beli murtabak atau roti canai sahaja.

Ibu pun dah lupa hari ke berapa menu-menu ni tapi sekadar jadi kenangan kelak.
Ayam panggang versi ibu
 , sayur goreng, 
sambal hijau, 
ikan masak sambal.

A.Resepi Ayam Panggang versi ibu:
Seekor ayam
Belah 2 atau potong macam biasa.

Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
1 sudu ketumbar
2 senduk kecil kicap,
2 sudu besar sos tiram,
1 senduk kecil minyak masak,
 madu ( kalau ada, kalau tak ada boleh ganti dengan gula)
garam secukup rasa.
Blend semua bahan A dan perapkan ayam.
Makin lama perap makin sedap.
*ibu panggang dalam pemanggang ajaib.

B. Resepi Sambal Hijau/ ijau
ikan bilis hitam-goreng.

Bahan A
3 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih,
4 biji lada besar-hijau
cili padi hijau-kalau nak pedas boleh banyakkan
belacan (ibu tak masukkan sebab kalah dengan belacan)
minyak untuk mengoreng

Panaskan minyak,
goreng semua bahan A sehingga naik bau dan toskan.
Tumbuk jangan lumat.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
perahkan sedikit asam limau kasturi/nipis.
Boleh dihidangkan bersama bilis hitam goreng.


Ini saja hidang kami...sawi goreng, ayam masak merah dan gulai lemak telur masin.

sambal ikan, sotong goreng tepung, taugeh goreng dan tempe goreng.
Pencuci mulut puding ceremal.

sotong sumbat, bayam masak bening, begedil dan ikan patin masak sambal.

Ikan siakap masak stim, bergedil sardin, ikan perkasam goreng dan bayam.

Nasi ayam special + ayam panggang + bergedil.

Ikan siakap masak 3 rasa, udang butter dan jantung pisang masak lemak cekur.

Ni pulak nasi ambeng versi Kelantan.
Ibu dibantu oleh 3 farahs gigih bersilat di dapur memasak untuk majlis khatam al-quran di surau.
Maklumlah orang Kelantan masak menu tradisional orang jawa.
Mesti kena buat yang terbaikkan.

Resepi Serunding nasi ambeng versi Ibu:
4 biji Bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 batang serai, 1 inci halia, sedikit lengkuas,
kunyit dikisar bersama ketumbar, jintan manis/putih.
Tumis semua bahan tersebut sampai naik bau.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kelapa dan pastikan dimasak sehingga kering.
Masukkan garam dan gula.

*serunding ni tahan lama kalau dimasak benar2 kering.
Aksesorinya ialah ikan kering.


Ikan siakap masak lemak versi Cheratin.
Menu ni ibu makan masa ikut ayah pergi dinner kat Cheratin.
Tergoda dengan kepekatan dan keenakannya so ibu "paksa" ayah pergi tanya menu pada chef kat sini.
Akhirnya dapat juga menu tu .
Meh ibu share resepinya kat sini:

Resepi Siapkap Lemak berkrim:
1 ekor ikan siakap (2kg) digoreng dengan cara bersalut tepung gandung + jagung.

Bahan A:
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
*dikisar.

Bahan B:
Lada besar dipotong nipis.
Kalau nak pedas boleh tambah cili padi.
1 biji bawang besar dipotong nipis.
4 helai daun limau purut.
asam keping/asam jawa.
1 tin susu cair.
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Panaskan minyak.
Tumis Bahan A hingga naik bau.
Masukkan Bahan B.
Masukkan susu cair dan semua bahan2 lain.
Kacau hingga pekat.
Dah siap, curahkan sos tadi ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng.

Sambal tumis kupang.
Ibu seorang je yang mengadap ni sebab anak-anak tak begitu suka kupang..

Pecal yang ayah request.
macam orang mengidam gayanya.

Sambal Pecal :
Segengam kacang tanah di sangai (goreng tanpa minyak).
Goreng  dalam minyak: 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 
10 biji cili padi, sedikit cekur.
Tumbuk semua bahan hingga sebati.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masaukkan air asam jawa.

Makan bersama sayur2 yang dicelur:
kacang panjang,
tougeh
jantung pisang.
Tempe goreng dan tauuhu goreng.

Ni sup tulang.
Sejak puasa dah 2-3 kali jugak ibu masak sup tulang nie.
Anak-anak suka......

Hidang pencuci mulut biasanya disediakan oleh Along, Angah dan Naurah.
Petang-petang memang meriah dapur ibu kerana ramai kakitangan
yang volunteer......

Itulah yang sempat ibu snap menu kami.
Ada lagi yang tidak sempat ibu abadikan kat sini........

17 Julai 2014

3 Farahs.

Along, Angah dan Beby lahir selang setahun seorang.
1994. 1995 dan 1996.
Sejak kecil mereka digelar kembar 3 dan membesar bersama.
Ikatan mereka sangat erat.
Sejak kecil mereka jarang sangat bergaduh.


Sekarang 3 Farahs telah meningkat remaja.
Bermula dengan Along, diikuti Angah dan sekarang Beby pula
melangkah ke menara gading.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
Walaupun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi kerana
ketiga-tiga serentak menyambung pelajaran namun
rezeki Allah tidak pernah putus buat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah....

Jika kecil dulu ibu dan ayah terpaksa membeli 3 toys yang sama cuma
berbeza warna, kini Ayah terpaksa melabur kepada sesuatu yang lebih besar
demi kegunaan dan keselesaan mereka.

Sekarang saban tahun Ayah terpaksa memperuntukkan
sejumlah wang yang agak besar untuk bayaran yuran setiap semester
dan membeli laptop serta  printer buat mereka.
2012 budget laptop dan printer untuk Along dan 2013 untuk Angah.

2014-Laptop dan printer baru untuk Beby pulak.

 deretan printer kepunyaan Along dan Angah yang
dibeli sewaktu mereka mendaftar di IPTA tahun 2012 dan 2013.

Yang paling tidak menahan, Ayah pastikan beli jenama printer yang sama, 
dengan harga yang sama serta kualiti yang sama demi keselesaan anak-anak.
Begitu juga laptop, walaupun jenama tidak sama tapi Ayah pastikan nilai harga yang sama.
3 tahun berturut-turut Ayah  peruntukkan 3K untuk membeli laptop dan printer
untuk puteri-puteri kesayangannya.
Mungkin kalau  usia mereka berbeza 3-4 tahun
dapatlah peralatan ini diperturunkan pada adik-adik tetapi
disebabkan mereka hampir sebaya dan serentak ke IPTA maka terpaksalah
disediakan setiap orang.

Bila ibu komplain kenapa beli laptop yang agak mahal,
Ayah hanya diam membisu kerana hanya dia yang tahu kenapa dan mengapa.

Semoga 3Farahs terus cemerlang dan tahu kami
sanggup berkorban apa saja demi kejayaan mereka dimasa depan.
Rezeki anak-anak sentiasa ada...
Itulah kebesaran Allah.....Alhamdulilllah.

15 Julai 2014

Naurah dan Hari Terbuka

Lama dah tak cerita tentang puteri ke 4 ibu, Farah Naurah.
Sejak dia melangkah ke sekolah menengah ibu dah tak begitu
kerap mengikuti aktiviti dia.

Minggu lepas sekolah Naurah mengadakan Hari Terbuka.
Yang sadisnya ibu tidak hadir kerana ada urusan.
Naurah pun dengan redha menerima keadaan itu.

Syukur Alhamdulillah Naurah masih mampu mengekalkan kecemerlangannya.
Walaupun dia menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) dulu
 namun dia kotakan janjinya untuk terus cemerlang.
Sekarang Naurah dah berada di tingkatan 2 Ibnu Sina-RKA ( Kelas Rancangan Khas Agama).
Kelas yang pernah diduduki oleh Along, Angah dan Beby dulu.
Walaupun kecewa kerana tidak dapat kekalkan top 2/260+ sewaktu
peperiksaan akhir tahun dulu namun dia
sekarang berada diranking ke 4 keseluruhan tingkatan.
Yang penting bebunga "A" maintain pada markah, terutama subjek teras.
Bersama guru kelas.

Good luck kakak.
Ibu doakan semoga kakak terus kekalkan kecemerlangan dari segi akademik dan akhlak....
InsyaAllah.


12 Julai 2014

Bantulah Mereka

Sedih dengan perkembangan sekarang.
Begitu kejamnya kaum  zionis.
Makhluk Allah seperti kita tetapi tidak ada langsung sifat perikemanusiaan.

Dari kejauhan ibu mengikuti perkembangan ini.
Terasa hati ini dirobek-robek.
Sedih, sayu, pilu, sebak, geram,sakit hati dan macam-macam perasaan yang melanda.
Lebih menyedihkan bila melihat anak-anak kecil
dijadikan mangsa tanpa belas ihsan.
Tersentuh naluri keibuan...
Ya Allah, tidak dapat ibu bayangkan jika ibu ditempat mereka.
Anak-anak disiksa di depan mata sedangkan anak-anak
kita demam pun hati dah gundah gulana...

Sebagai insan lemah dan tidak berdaya,
 ibu hanya mampu menadah tangan berdoa, berdoa dan terus berdoa.
Tidak putus-putus memohon dariNya.
Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa-doa kita...
Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahuai setiap apa yang berlaku.

Dan sama-samalah kita memberi sumbangan sekadar termampu
bagi meringankan beban saudara Islam di sana.
InsyaAllah dengan sedikit sumbangan dari kita memberi
seribu rahmat buat mereka.

 Allah......sedihnya tidak mampu terluah.

Selingan :
Sedikit selingan daripada rakan FB ibu.
Semoga sedikit sumbangan kita menjadi saham untuk akhirat kita kelak...InsyaAllah.

10 Julai 2014

Farouk dan Khatam Al-quran.

Semalam kali pertama Farouk khatam al-quran di usia nak masuk 11 tahun.
Farouk "pecah rekod" diantara 5F khatam paling lambat.
Along, Angah dan Beby khatam diusia 9 tahun (Tahun 3).
Naurah yang paling cepat diawal usia 7 tahun ( Tahun 1).
Diusia sebaya Farouk ,3Farahs dah mahir tajwid dan belajar tarranum.

Alahai, anak bujang terhangat ibu sorang nie.
Banyak betul dugaan.
Ibu terpaksa memantau setiap kali dia mengaji.
Maklumlah mengaji di surau, kawan ramai maka seronok dan lekalah
dia bergembira dengan rakan-rakan.
Masa mengaji jadi singkat sebab perlu berkejar ke sekolah agama pula.
Setiap kali ibu tegur dia berubah la untuk seketika....Adeh..
Maunya ibu tak hangin dengan farouk nie.

Tahun ni ini ambil tindakan drastik.
Ibu tukarkan dia mengaji ke rumah seorang jiran terdekat.
Memang hati ibu sedih dan terkilan sebab terpaksa bertindak sedemikian kerana
"ustaz" disurau tu terlalu banyak berjasa pada 4Farahs.
Jasamu dikenang ustaz.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Bertaddarus di sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Sempat juga ibu jengah dan dengar bacaan dia.
Farouk dah boleh baca sendiri tapi masih banyak yang perlu diperbetulkan terutama tajwidnya.
Dan ibu sudah berpesan pada Farouk agar terus mengaji sehingga bacaannya betul-betul
menepati piawian.......

Dan besar harapan ibu dan ayah agar suatu hari nanti
Farouk  menjadi seorang anak yang mampu
membahagiakan kami dialam sana kerana dialah satu2nya
bujang terhangat dalam family ibu......

InsyaAllah ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu cemerlang dalam akademik dan
mampu cemerlang diakhirat kelak....InsyaAllah.

p/s: Ya Allah.....tersentuh hati dan sebak  melihat keadaan saudara kita di Gaza.
Sama-samalah kita menadah tangan sekadar 5 min berdoa untuk 
kesejahteraan mereka......


9 Julai 2014

Anak Angkat dan Taddarus.

Diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa.
Kengkangan masa makin terasa.
Sekarang dah jadi macam chip-more.

Hari nak cerita aktiviti ibu di sekolah.
Banyak sebenarnya tapi ibu selit yang ni jelah.
Dah beberapa tahun sekolah ibu memperkenalkan
program mentor-mentee.
Setiap cikgu akan diberi  2-3 orang anak angkat.
Tahun ni ibu dapat 3 orang anak dara.

Majlis penyerahan dah berjalan awal tahun.
Anak-anak angkat dah dipesan agar datang berjumpa 'ibu' bila ada apa-apa masalah.
Masalah utama mereka ni segan + malu + takut nak jumpa 'ibu mentor'.

Pertemuan kali ke 2.
Itupun bila diadakan program khusus.
Bila jumpa, si ibu yang banyak bercakap tapi si anak pulak tersipu-sipu malu.
Sekadar menjadi pendengar dan angguk-angguk kepala.
Itupun ibu buat secara tidak formal dan santai-santai.
Siap bersila dibawah bilik kerja ibu.
Kalau kat kelas bukan main lagi suara masing-masing.

Sepanjang bulan Ramadhan ni masa rehat kami isi dengan bertaddarus.
Setiap cikgu diberi beberapa orang anak untuk bertaddarus bersama-sama.
InsyaAllah sebelum cuti raya nanti kami akan berkhatam beramai-ramai.

Salah seorang "anak angkat" taddarus ibu.

p/s:
hati masih sedih mengenangkan Beby yang tidak sihat di KPM Kuantan...
Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. InsyaAllah.

7 Julai 2014

Beby dan KPM

Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.

Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.

Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
 dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.

Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.

Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
 tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....

Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.

Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.


Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.

Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.

Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.

Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.

Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.

Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......

6 Julai 2014

Farouk dan Weekend

Hari ni dah masuk 8 hari berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah puasa kali ni anak-anak masih berada di sisi kecuali Beby.
Along dan Angah habis cuti sem pada akhir bulan 8 dan 9 nanti.
Sedih memang tak boleh nak diucapkan.
Setiap kali masak, makan, berbuka dan bersahur pasti teringatkan Beby.
Lebih menyedihkan sekarang dia demam dan cafe dikolejnya
pula disita akibat pelajar-pelajar keracunan makanan.......

Oklah, tak nak sedih-sedih.
Hari ni nak cerita pasal bujang terhangat ibu.
Setiap kali balik sekolah agama bising
je mulut farouk merunggut.
Katanya dia nak tolong ibu masak.
Mana nak sempatnya sebab balik sekolah
agama dah lewat petang.
Ibu biasanya mula bersilat kat dapur lepas solat Asar.
Masak pun simple je.

Hari weekend tugas masak ibu serahkan pada Farouk.
Bukan main seronok dia dapat "menyibuk" didapur ibu.
Kusyuk membasuh beras.
Masa ibu curi2 snap dia tak perasan.
Kalau dia tahu maunya dia delete gambar-gambar tu semua...

Anak lelaki pun mesti buat kerja.
Nanti bila besar boleh tolong isteri masak kat dapur.
Macam ibu dulu, Ayahlah jadi "guru" ibu mengajar memasak pelbagai resepi.

p/s:
masih tak kesemptan nak jejalan rumah kekawan....adeh..lemau betul ibu sekarang.

4 Julai 2014

Kisah Minggu Lepas

Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.

Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.

Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.

Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.

Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
 2 pasang dari Vietnam, 2 pasang masa beli kat Shenzuan dan
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.

Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.

2 Julai 2014

Farouk di Kidzania dan Kilang Coklat.

Salam semua.
Beberapa hari ibu menyepi akibat kengkang masa.
Hari Isnin dan Selasa pula ibu berada di Kuantan untuk urusan pendaftaran beby
(nanti ibu buat entri khusus.)

Ni pun kisah dah basi.
Pada 26.6.2014(Khamis) sekolah ibu anjurkan lawatan sambil belajar.
Kebetulan pula lewat malam diumumkan Negeri Johor cuti sempena kemenangan JDT.
Sesuai sangat la dengan tarikh yang dipilih.
Dah 2 tahun ibu tak ikut serta dalam lawatan tu dan Farouklah jadi wakil merangkap
jurugambar untuk ibu abadikan dalam blog sekolah dan FB Buletin pss.

Rombongan bertolak tepat pukul 6.30 pagi.
Tidak berapa lama ibu terima sms daripada Farouk:
"Ibu tayar bas meletup kat Seremban....."
Kemudian terima pula gambar w.apps daripada rakan guru yang ikut serta.
Hati mula risau..Baru minggu lepas ibu dikejutkan dengan kemalangan rakan baik ibu...
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan mereka semua.

A.Kidzania
Menunggu untuk masuk ke Kidzania

 Becok Farouk balik bercerita tentang aktiviti dia di sana.
Yang pasti dia seronok join abang-abang senior ke kidzania.

 Bersama abang senoir dia.Gambar-gambar ni banyak ihsan daripada Cikgu Hatimah.
Gambar yang Farouk snap banyak yang tak menjadi sebab kamera ada masalah.
ibu tersalah setting dan dia pun sibuk dengan aktiviti disana
sampai lupa nak snap gambar.......adeh.

Koleksi kad yang Farouk dapat.
Katanya 3 lagi kadnya hilang.....

Kanak-kanak rebina makan dulu sebelum meneruskan program ke tempat lain pula.

B. Kilang Coklat
Setelah beberapa jam di Kidzania,
rombongan sekolah ke kilang coklat pula.
Hilang replika lembu sebab dikelilingi anak-anak ini.

Demonstrasi membuat coklat.

Antara coklat yang dipamerkan.

dan lagi....



Coklat yang telah siap di proses.

Farouk di kilang coklat.

Farouk tiba di rumah dah lewat malam..
Itupun masih sibuk nak bercerita keseronokan dia di sana.
Sambil tu Farouk menghulurkan 2 bungkus coklat daim sebagai buahtangan.
2 bungkus dalam areaRM60+.
Alahai anak ibu, Ingat jugak dia buah tangan untuk ibu dan kakak2nya....



About me