Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 November 2012

Ibu Menyepi Seketika....

Ibu menyepi untuk seketika.
Mungkin 3 minggu lebih kot.
Semasa n3 ini keluar, ibu dah selamat sampai ke destinasi.
Menghabiskan cuti bersama insan-insan tersayang.
Ada beberapa tempat yang telah kami rancang.
Moga ianya berjalan lancar......

Semasa cuti mungkin ibu jauh dari blog...jauh dari FB....jauh dari bebanan kerja.
Malas nak angkut lappy.
Nak bertenet dengan hphone memang paling ibu tak suka.
Rasa tak puas sebab mata dh tak berapa jelas.......
Dan jari jemari ibu yang gebuz ni memang tak selesa nak tekan touch2 bagai.....

Mesti ibu akan rindukan kalian semua.
Doakan kesejahteraan kami.
InsyaAllah, kalau panjang umur kita akan bersua lagi.
Miss you allzzzz.......

28 November 2012

Cepatnya "Dia" Pergi...

Petang semalam ibu dikejutkan dengan panggilan telefon dari abah di kampung.
Abah maklumkan besannya yang tinggal di Kluang meninggal.
Tersentap ibu...Tak sangka secepat itu Achik Mashitah pergi di usia menjangkau 54 tahun.
Lebih kurang pukul 6 petang ayah balik dan suruh kami bersiap.

Perjalanan dari BG ke Kluang memakan masa lebih kurang  1jam 45 minit.
Itu pun kami ikut highway.
Lagipun sekarang musim cuti sekolah dan highway agak sesak...
Kami singgah solat Maghrib dan sampai di sana dah dekat Isyak.

Sempatlah kami bertahlil.
Sedih melihatkan Pakcik Baha yang seolah-olah tidak  
dapat menerima berita pemergian isteri tercinta.
Dia bersandar di tepi dinding dan menangis........
Adik ipar ibu (anak arwah) memeluk ibu erat dan menangis.....
Ibu pun rasa amat sedih kerana tak sangka Achik Mashitah pergi secepat ini......

Selesai tahlil lebih kurang pukul 10 malam kami meminta diri untuk pulang
kerana ayah ada urusan awal pagi esoknya.
Sampai rumah dah dekat pukul 12 malam.....

Al-Fatihah, semoga keluarga Pakcik Baha tabah dan redha dengan
ketentuan ini.
Dan semoga Achik Mashitah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Aminn.....
Hingga saat ini masih terbayang wajah tenang Achik Mashitah.....huhuhu....

p/s: 
Perhatian kpd  "nrina". Akak dah pergi terjah
blog nrina tapi tak boleh masuk sebab ada virus malvare tadi.....mohon maaf
di atas kesukaran.....

Home made Tart Telur dan Cup Cake.......

Maaf ye masih dalam mood rajin memasak.
Ni bukan blog resepi tetapi sesekali si tuan rumah datang kerajinan melampau....

Beberapa hari lepas ibu keluar dengan Along.
Masa tu along masih ada di rumah.
Masa balik dari pasaraya terpandang pula kedai menjual peralatan membuat kek.
Kami singgah kejap kat sana.
Bukan dah sekejap tetapi lama juga.
Macam-macam resepi bermain di kepala.
Ambil itu, capai ini.
Semangat berkobar-kobar nak masak tart telur,
 pavlova, crepe buahan, cup cake dan macam-macam.
Pengaruh dari rakan-rakan blog dan FB.....hehehe.....

Ibu tak risau melabur dan berhabis untuk beli bahan-bahan tu semua
sebab kat rumah ni ada master-chef dan master-eat....hehehe...
Malam kelmarin dengan gigihnya master chef a.k.a Beby membancuh adunan
untuk menghasilkan tart telur.
Percubaan pertama yang mendatangkan kegembiraan buat kami.......

nilah hasil tart telur kami yang lemak berkrim...

Meh kita share resepi tart telur yang ibu dah ubah suai sikit.......
Bahan-bahan ( 20 biji )

PASTRY:
1/2 kg tepung gandum
1/4 kg butter@majerin
1/2 cawan gula halus
1@2 biji telur
sedikit esen vanilla

FILLING:
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji telur
1/2 cawan  gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
A.      Pastri:
1.       Pukul majerin dan  gula halus hingga kembang.
2.       Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
       3.    Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
       4.    Doh yang telah siap dijadikan bulat dan kemudian tekapkan ke dalam acuan.
       5.     Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  
B.      FILLING:
1.       Campurkan semua bahan untuk filling.
2.       Kemudian panaskan di atas dapur sehingga sebati dan suam-suam kuku
3.       Curahkan filling ke dalam pastry dan bakar…

Hari seterusnya Naurah pula suggest nak masak cup cake.
Bahan masih banyak lagi dan tinggal sehari lagi kami nak bercuti panjang.
Inilah hasil cup cake Naurah.
Senget benget semacam je..
Ibu ni tak begitu suka makan kek.
Ibu cuma rasa 1 biji je...2 pun tak habis.....muak!!!!!..
Rasa seronok pula habiskan masa dengan anak-anak dara nie.
Macam-macam mereka suggest nak masak.....hehehe....
Kalau la macam ni hari-hari jawabnya naik sekolah habis la baju-baju ibu mengecil...

p/s:
Petang semalam terima khabar sedih.
Besan Mama ibu, Achik Mashitah telah kembali kerahmatullah di usia 54 tahun.
Kami sempat menziarahi jenazah beliau di Kluang malam tadi.......
Perjalanan hampir 4 jam pergi balik dari BG ke Kluang.
Al-Fatihah...

27 November 2012

Si Putih, sedia berkhidmat....

Operasi menyiapkan uniform Naurah dan Beby bermula.
Alhamdulillah tahun ni kerja ibu lebih ringan sebab 
dah tinggal 2 orang je anak dara yang bersekolah tahun depan.
Ringan sikit kerja ibu untuk menyiapkan 2 pasang baju untuk Naurah dan 2 pasang untuk Beby.
Ibu rasa cukuplah 2 pasang sebab kat sekolah tu nanti mereka banyak pakai t-shirt sekolah.
Sekarang ni pemakaian kat sekolah dah agak longgar.
Hari Rabu dah confirm mereka pakai baju Unit Beruniform.
Dan ada hari-hari tertentu mereka memakai baju t-shirt.
Tak macam zaman ibu dulu....
Setiap hari wajib berpakaian uniform.
Baju farouk beli yang dah siap kat kedai.....

Ibu beli apa yang perlu je.
Baju baru penting untuk naikkan semangat anak melangkah ke tahun baru.
Tapi peralatan lain mereka guna mana yang ada.
Itullah cara ibu dan ayah melatih anak-anak agar tahu berjimat cermat.
Mereka dah dapat memahami cara kami......

Ibu nak settlekan semua kelengkapan sekolah sebelum bercuti selama 3 minggu.
Biar kepala lapang masa bercuti tanpa memikirkan masalah negara....hehehe....

Ni sebahagian uniform asas Farouk.

Ibu beli mana yang perlu aja.
Itu pun jejak ratusan ringgit.
Itu belanja seorang anak yang belum termasuk peralatan alat tulis dan buku-buku.
Ibu bukan memilih yang berjenama tetapi sekarang semua harga barang melambung.
Beg sekolah Farouk masih baru lagi so Farouk guna beg yang lama tu.
Kasut pun baru beli sepasang.

Ibu beli 3 pasang baju Melayu dan 2 helai baju kemeja.

Tahun 4 , Farouk dilantik jadi pengawas pustakawaan so dia berbaju kemeja hijau....
Ayah lebih suka cikgu lantik anak-anak jadi pengawas pustakawaan.
Pengawas disiplin agak memenatkan...
Sekurang-kurang mereka sentiasa berada di perpustakaan pada waktu rehat.
3 tahun lepas pun, ibu terpaksa buat rayuan
untuk tukarkan jawatan Naurah daripada pengawas displin kepada pengawas perpustakaan
di atas permintaan Naurah..........(suka suki jekan.......hahaha....)
Kisah Naurah...Klik SINI
Yelah Ayah.............maklumlah anak ayah kan, ibu ikut je mana yang terbaik......

Nilah cik putih ibu.
Lengkap pakcage untuk jahitan tepi sekali.
Tak payahlah ibu nak susah-susah keluarkan mesin jahit lain semata-mata untuk jahit tepi...
Alhamdulillah semalam  ibu dah siapkan 2 pasang baju Naurah dan 2 pasang baju Beby.
Tudung pun ibu dah beli.
Tinggal beberapa barangan sampingan je yang belum dibeli.
InsyaAllah, akan ibu settlekan sebelum naik sekolah.

Ayah pun tengah sibuk sekarang...Tak beberapa hari lagi ayah kena terbang
ke seberang lautan @oversea untuk hadiri seminar pendidikan peringkat Asia.
Rutin seminar ayah setiap hujung tahun. Cuma tempatnya je berbeza.....

Baju ibu???????
Kena jahit juga untuk melangkah ke tahun baru nanti.....hehehe.....
Malam tadi dengan gigihnya ibu siapkan sepasang baju kurung untuk ibu......

Koleksi manik-manik dan labuci ibu ni pun dah lama tak terusik.
Sejak dua menjak ni dah tak menyempat nak melayan benda alah nie......
Entah sempat ke tidak nak jahit manik kat baju ibu.......

26 November 2012

Miss You So Much Along.....

Semalam memecut ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Nak pulangkan semula Along yang bercuti semester selama 2 minggu di rumah.
Rasa sekejap je dia bercuti.
Kebetulan masa Along bercuti, si ibu sedang sibuk dengan pelbagai urusan..
Kesian anak ibu....huhuhu....

Sedih pulak tengok anak ibu tu.
Lepas peluk dan cium ibu tiba-tiba airmata along berjurai......

Gud luck Along.
Semoga semester ke 2 Along lebih cemerlang...
InshaAllah......

Masa OTW ke kolej jalan ok je tetapi dalam perjalanan balik highway sesak dengan kereta.
Maklumlah musim cuti sekolah dan area Ayer Keroh menjadi tumpuan ramai..

Ibu dan Along......

Blog Along, klik SINI....

25 November 2012

Spaggethi Carbonara vs Sambal Tempoyak Goreng.......

Pagi semalam tiba-tiba mengidam nak makan Carbonara Spaggethi.
Kebetulan bahan ayah dah siap beli malamnya sebelum bertolak ke KL...
Awal pagi dengan gigihnya ibu masakkan sos.....

 Seperiuk sos carbonara.

 Sarapan dengan sepinggan carbonara spaggethi....

Kat sini ibu share la resepi yang ibu ubah suai sesuka hati.
Ibu guna apa yang ada di dapur ibu.....
Kalau masak penuh kasih sayang, inshaAllah iannya jadi sedap....hehehe...

Resepi Sos:
450ml (1 botol kecil) susu segar@susu cair
1 labu bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
3-4 sudu besar butter/majerin/minyak zaitun.
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung.
Isi ayam/sosej/bebola daging ( ibu guna daging ayam)
kuib ayam dan garam secukup rasa
daun pasli kering.

Cara-cara:
Panaskan butter.
Tumis bawang besar + bawang putih yang telah dikisar.
Masukkan 1 botol susu segar dan daging ayam.
Masukkan serbuk lada hitam, kuib ayam dan garam.
Masukkan tepung jagung yang siap dibancuh dengan air.
Kacau sehingga pekat.
Taburkan daun pasli kering.....

Sos carbonara yang selebihnya ibu gunakan untuk jadikan sos chicken chop pulak.
Dasar orang yang "terlebih rajin" la tu.
Masak terus untuk lunch dengan guna sos yang sama.
Cuma bezakan dalam sos carbonara tu ibu masukkan sos lada hitam...
Hehehe.....so tengahari ibu dah boleh goyang-goyang kaki bersantai depan lappy...

Tekak orang yang dah "tua @ lama" ni bukan boleh sangat layan makanan orang putih nie.
So dengan gigihnya ibu masak sambal tempoyak goreng.
Kalau nak resepi boleh klik SINI.....
Sedap layan dengan nasi panas-panas......

24 November 2012

Kelebihan Al-Fatihah...Jom Kita Kongsi Rahsia....

Ibu tulis n3 ni di atas permintaan ramai...Cit perasan!!!!
ramai la sangat.....
Takdelah ramai tetapi ada beberapa orang rakan-rakan blog
 minta petua macam mana nak mendidik anak-anak cemerlang..
Terima kasih semua, anak-anak ibu macam anak-anak orang lain juga...
Anak-anak kita semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri......begitu juga anak-anak ibu.
Mungkin Allah bagi kelebihan dari segi IQ buat mereka...
Yang pastinya anak-anak ibu bukan yang jenis kuat study.........

Ibu risau juga untuk buat n3 nie.
Nanti dikatakan ibu nak mendabik dada..
Tapi niat ibu ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang "mama" perturunkan pada ibu.
Bak kata orang putih sharing is caring.....

Petua ibu amat simple dan senang.
Ibu pastikan setiap hari selepas solat, ibu akan mengambil sedikit masa untuk
sedekahkah "Al-Fatihah" buat anak-anak ibu.
Ibu akan sebut satu persatu nama anak-anak ibu.
Al-Fatihah adalah penghulu segala ayat.
Dan sebelum terlelap....masa ibu tengah tergolek-golek kat atas katil,
ibu akan sedekahkah Al-Fatihah buat anak-anak sampai ibu terlelap.
Entah berapa kali pun ibu tak pasti tapi yang pasti sampai ibu terlelap....

Sejak anak-anak lahir, ibu pastikan mereka makan dari hasil airtangan ibu.
Ibu tahu, sebagai seorang ibu yang bekerjaya masa kita amat terhad.
Tapi ibu cuba sedaya upaya agar tidak 'termiss" masak untuk ayah dan anak-anak.
Sesibuk mana pun ibu, tiada istilah makan di luar atau dibeli.
Ayah pun tidak suka makan di luar atau makan makanan di beli.
Ibu akui memang penat.
Ibu terpaksa bangun seawal 4.30-5.00 pagi demi mereka.
Sambil membasuh beras, sambil memasak..dibibir ibu tidak putus-putus
 membaca zikir, selawat dan Al-Fatihah.
Sebut satu persatu nama mereka, hembus pada masakan itu.
Alhamdulilah anak-anak lembut hatinya..mereka mendengar kata, tidak melawan cakap,
tidak lasak dan bonusnya mereka mudah menerima pelajaran yang diajar oleh guru-guru.....

Semasa anak-anak sedang menduduki exam, ibu akan sedekahkan Al-Fatihah
sepanjang exam berjalan.
Ibu berpesan pada anak-anak agar memulakan exam dengan
1. sedekahkan Al-Fatihah pada ibu dan ayah..
2. Sedekahkan Al-Fatihah pada diri sendiri..
3. sedekahkan Al-Fatihah pada pemeriksa kertas
(agar lembut hatinya dan akan ada perasaan belas ikhsan).......
Alhamdulillah mereka sentiasa amalkan.....

Satu lagi surah yang "mama" ibu amalkan untuk anak-anaknya.
Menurut kata mama ibu, surah ni perlu diamalkan.
Baca surah ni setiap malam dan semasa membacanya gosok ubun-ubun kepala anak-anak kita.
Lepas tu hembus di dahi mereka.
Masalahnya, ibu sendiri pun tak amalkan sebab ibu ni kalau dah Maghrib akan berkurung kat bilik
sampai solat Isyak dan terus....zzzzzzzzzzzzzzz.....huhuhu.....


Surah Al-Insyirah
Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem 
Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar

Ibu ni walaupun bergelar guru tapi tiada masa untuk mengajar anak-anak di rumah. 
Cuma ibu sekadar memantau mereka dalam membuat homework.
Ibu dan ayah tidak memaksa anak-anak belajar..belajar dan belajar.
Mereka di beri kebebasan dan belajar ikut cara tersendiri.
Mereka akan rasa enjoy dan tidak tertekan.
Alhamdulillah, walaupun mereka tidak pernah mengikuti tuisyen luar,
 mereka mampu meraih kecemerlangan dalam akademik dan dalam  peperiksaan sekolah agama......
Yang penting mereka mendapat pendidikan seimbang dunia dan akhirat...
Itulah yang sebaiknya.....

Wah panjang juga karangan ibu kali nie....hehehe...
Selamat beramal.
Maaf jika ada ayat ibu tunggang langgang ye.
Ibu bukan seorang penulis yang baik.......

23 November 2012

Kerja Baru Farah Najdah...

Sepanjang cuti sekolah ni ibu tengok si Beby a.k.a Farah Najdah bukan main sibuk lagi.
Di siang hari dia pergi kerja@kursus masakan.
Sejak berkerja@kursus masak memasak ni,
 si ibu semakin tembam kerana jadi tukang merasa setiap kali Beby masak...
hehehehe......
Macam-macam resepi yang dia belajar dan dipraktikan di rumah.
Tak sangka dia sudah pandai masak samosa, karipap lapis yang rangup, kek, kimchi,
dan macam-macam lagi kuih muih yang ibu sendiri pun tak pandai.
Beby memang minat masak dan kalau mengadap FB dia sanggup mengadap youtube
berkaitan masakan berjam-jam......

Sehari dua ni pula Beby ada hobi baru.
Balik dari kursus masakan dia sanggup mengadap kain felt untuk
hasilkan kraf tangan yang comel.....
Ini sebahagian kraf tangan yang Beby hasilkan.
Client pertama adalah dikalangan adik beradik.....hehehe...
Ibu ada tempah keychain untuk bagi cenderahati pada pustakawaan tahun 6.
Sanggup dia bersengkang mata dan search kat internet untuk dapatkan pelbagai pattern.
Yang ni mungkin dia menurun dari ibu kot sebab ibu memang meminati bidang kraf tangan.
Tapi bab-bab memasak bukan minat ibu.....
Ibu belajar masak pun setelah berkawin dengan ayah..
Budak hingusan lagi masa tu......
Ayahlah tenaga pengajar dan masterchef ibu masa tu.........hehehe......

Sekurang-kurangnya Beby habiskan cuti sekolah dengan
mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Yang paling best bila dia praktikkan di rumah....hehehehe....
Tapi jangan lupa, tahun depan Beby pula yang akan duduki SPM........
Alahai tak habis-habis la jantung ibu berdegup kencang.
Setiap tahun anak-anak ibu duduki peperiksaan awam.....Fuh!!!!

p/s:
Untuk perhatian kepada Cho Zila, sila tinggalkan link kat blog ibu ye sebab ibu tak dapat jejaki blog cho zila....

22 November 2012

Syahdunya...

Pagi semalam ibu terima panggilan telefon dari Sekolah Menengah Sains Kluang (SBP).
Naurah terpilih untuk ditemuduga dibawah kuota Pengetua.
Special kes sebab masa trial UPSR pun Naurah meraih 5A...
Lagipun Naurah bersekolah di sebuah sekolah luar bandar dan aktif Ko-ku..
Kelebihan ada padanya.......

Tengahari ibu terima panggilan telefon dari pihak sekolah pula.
Naurah terpilih untuk hadiri temuduga  bagi sekolah kawalan iaitu
 SMA Maahad, Muar (antara sekolah terbaik kat Johor).
Kedua-dua temuduga tu berjalan pada hari yang sama iaitu Sabtu nie....

Bila ibu maklumkan pada Naurah, si tuan badan mula sedih.
Mulutnya muncung macam sup bunjut.
Mata bergenang dengan airmata.

Ibu usik lagi, nanti ibu mohonkan ke MRSM la kalau camtu.
Bertambah kesedihan si anak dara ibu....
Keluar dari mulutnya : 
Kakak tak nak masuk sekolah asrama penuh.
Kakak tak nak tinggal kat asrama, kakak kecik lagi...
Kakak nak sekolah kat sini macam along, angah dan kak Nana.
Along, Angah dan Kak Nana pun cemerlang jugak sekolah kt sini...
Kakak janji dengan ibu, kakak  belajar bersungguh-sungguh.....
Ibu diam membisu seribu bahasa...dalam hati berbunga riang...hehehe....

Bila ayah balik, Naurah maklumkan pada ayah tentang temuduga atas desakan dari ibu....
Ayah : Bukan niat ayah nak halang along, angah dan kak Nana terima tawaran ke asrama dulu.
Ayah nak anak-anak ayah membesar depan mata.
Kalau sedari tingkatan 1 anak-anak ayah dah masuk ke asrama 
bermakna bermulalah langkah anak-anak ayah meninggalkan ayah dan ibu.
Naurah  fikirlah yang terbaik...Ayah tak halang kalau kakak nak pergi.
(*Ayat yg sama ayah gunakan pada Along, Angah dan Beby dulu.......cakap dengan nada sedih macam orang raih simpati...main politik betul ayah nie)

Naurah : Yahoooooo...ayah sokong kakak...Kakak nekad nak sekolah sini.
Kakak nak ikut jejak along, angah dan kak nana......
Tapi kalau ibu nak suruh kakak pergi interview kakak akan pergi tapi
kakak tak nak masuk asrama.
*tak de maknanya nak pergi interview bagai kalau dah tak nak.
Buang masa ibu jelah kakak.......

Ayah  tersenggih sebab menang lagi dan lagi dan lagi dan lagi........

Ibu : terpingga2......
Alahai ayah nie.....sentimental sungguh.....

Apa-apa jelah wahai anak-anak ibu.
Yang penting anak-anak ibu buktikan terus cemerlang 
dan mampu bersaing walaupun berada di sekolah harian.
Ibu tahu, family, rakan ibu dan rakan ayah tidak begitu setuju dengan tindakan kami namun ibu percaya dengan anak-anak ibu.
InsyaAllah, ibu dan ayah sentiasa lakukan yang terbaik untuk anak-anak.......

Status kt FB ibu semalam:
Terima panggilan dari SM Sains Kluang . Farah Naurah Mahmud terpilih utk sesi temuduga Sabtu nie..Masalah skrg si tuan punya badan tak berminat...Nk mohon MRSM pun tak minat..Bila usik2 suruh pergi ,muncungnya mcm sup bunjut......Katanya nak sekolah kt BG jugak...alahai anak ayah!!!!!!
*Alhamdulillah, ibu terima respon yang amat positif dari rakan2 dan family.
Bukan nak sia2kan peluang yang diberi tetapi biarlah anak-anak yang menentukan yang terbaik untuk mereka....

21 November 2012

Berfoya-foya Dengan Along di Tangkak...

Semalam ibu dan along berfoya-foya di Tangkak.
Angah sedang menduduki SPM, Naurah sedang menduduki exam SDEA,
Beby masih ada tuisyen di sekolah dan Farouk masih dalam tempoh berpantang....

Ibu berdua je dengan along...
Maklum la along jadi driver.
Lagi pun cuti semester along dah tinggal tak berapa hari lagi.
Kesian anak ibu.
Balik bercuti dalam keadaan si ibu yang sedang sibuk dengan pelbagai urusan.....huhuhu...

 Bawa along pergi makan dulu..
Isi perut kenyang-kenyang baru best meronda-ronda....

 Along order beef carbonara spaghetti dan mushroom soup....... 

Ibu pulak pilih Italian Herb Chicken Chop dan lemon tea.....

Lepas makan operasi kami bermula.
Masuk kedai kain, kedai tudung dan butik.
Hasil rembatan ibu yang tak hinggat.
Sekali nak bayar terbeliak biji mata.
Nasib baik ada bawa stok duit lebih.
Itupun duit yang ayah bagi untuk persediaan anak-anak untuk sesi persekolahan tahun depan..
Sorry ye ayah, ibu "terguna" duit itu........
Huhuhu....

Along pula beli tudung dan blouse......
Dah..dah..dah...jom kita balik.
Dompet ibu dah habis + kering kontang.
Nasib baik gaji bulan November ibu belum tergerak hati nak ambil.
Kalau tak, jawabnya takde makna la cuti-cuti Malaysia hujung bulan ni.....huhuhu...

*Sentiasa ingat pesanan abah ibu,
 kalau duit gaji masuk seawal mana pun jangan diusik sebelum 26hb.....
Anak abah ni seorang yang patuh pada pesanan abah tau....


Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya Allah....Ya Rahman... Ya Karim...Ya Mukmin... Ya Jabar... Ya Amin ,
 selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada israel laknatullah.. 
kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana.

Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...

Terpengaruh......Crepe Durian.

Terima kasih ibu ucapkan kepada semua rakan-rakan blog dan FB
yang memberi ucapan tahniah di atas kejayaan Naurah dalam UPSR......
Terima kasih semua........

N3 hari ini berkisar pada makanan yang sedang hangat dipasaran.
Crepe durian.
Bila orang sibuk memperkatakan tentang crepe durian,
ibu langsung tak kisah.
Ibu bukan peminat durian.
Kalau durian ada depan mata pun ibu tak kisah.

Tapi sejak kebelakangan ni, rata-rata orang sibuk dok bercerita dan tayang gambar crepe durian.
Anak-anak ibu mula tergoda...
Kesian pulak dengan 4Farah tu.
Untuk tidak menghampakan anak-anak,
 maka ibu order crepe durian ni dari pembantu pra sekolah ibu, Miss Mizah.

Cantik je bentuknya dan gebu.
Bila anak-anak buka bekas tu, hidung ibu mula dah tak tahan..
Sabar jelah demi anak-anak tercinta.

Anak-anak kata sedap + nyummy + enak.....
Ibu cuba gigit sedikit.
Sampai malam rasa durian tersekat dikerongkong.
Alahai ibu nie...
Membazir je abah di kampung ada dusun durian..si anak tak layan durian.

Ibu suggest kat miss Mizah suruh buat perisa buah-buahan lain.
Miss Mizah setuju...
Yepiiiiii......tak sabar nak tunggu crepe buah mangga@pisang@strawberry@apa-apa jelah selain buah durian........hehehe...
P/s: peminat buah durian jangan marah ibu ye..ampunnnnnn!!!!!!

Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...




20 November 2012

Hadiah dari Farah Naurah...

Result UPSR dah selamat keluar.
Syukur Alhamdulillah kerana Farah Naurah menghadiahkan kecemerlangan
buat ibu, ayah dan keluarga.
Farah Naurah juga jejaki langkah 3Farah.
Sentiasa membahagiakan hati ibu dan ayah...
Ibu bangga dengan semua anak-anak ibu.
Syukur..alhamdulillah.......

Seawal 7.30pagi Naurah ke Sekolah Agama untuk menduduki peperiksaan SDEA
(Sijil Darjah Enam Agama)
Hati si ibu berdebar-debar di rumah,
hati si anak berdebar-debar di dewan peperiksaan.
Apa yang dilakukan serba tidak kena.
Begitulah setiap kali anak nak exam atau result anak-anak nak keluar.
Ibu yang terlebih gabrah.....

Pukul 11 pagi ibu menerima sms dari rakan-rakan sekolah mengucapkan Tahniah!!!!!
Syukur Alhamdulillah, Allah mendengar setiap doa2 dari ibu dan semua.....
Pukul 12.15 tengahari baru kami tiba di sekolah.
Si tuan badan masih terpingga2 + gementar sebab si ibu masih merahsiakan dari pengetahuanya......

 Menerima slip peperiksaan daripada Guru Besar bersama ucapan tahniah...
Beg pun tak sempat nak letak sebab baru tiba....hehehe.....

Bergambar bersama rakan-rakan sekelas yang memperolehi 5A.

Walaupun anak-anak ibu bersekolah di sebuah sekolah kampung,
tanpa tuisyen di luar, namun ibu tetap yakin semua sekolah adalah sama.
Ibu dan ayah cuba buktikan, walaupun 3F menolak tawaran ke asrama terpilih/SBP dahulu,
Alhamdulillah anak-anak ibu mampu bersaing
dengan rakan-rakan mereka yang bersekolah di berasrama penuh.
(*Ibu dan ayah pernah dikutuk dan diperli kerana menolak tawaran itu).

Semua guru-guru mengajar mendapat latihan perguruan yang sama.
 Walau di mana pun anak-anak kita belajar, yang paling penting ialah diri mereka sendiri....
Biarlah mereka seimbang dunia dan akhirat.
Ibu bapa tidak perlu kecewa jika anak-anak mereka tidak mendapat tawaran ke SBP.

 Senyuman puas terukir dibibir Naurah.
6 tahun di sekolah rendah memberi kepuasan buat Naurah.
Tahniah Kakak.....
Namun perjalanan kakak Naurah masih jauh....

 Sempat bergambar bersama si ibu yang comot
akibat tergesa-gesa ke sekolah selepas masak...hehehe...
Ayah masih di KL.
Alhamdulillah anak memahami.
Naurah tak sabar menanti habuan 1K dari ayah seperti yang kakak2 telah perolehi...........


Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membimbing
anak-anak ibu.
Merekalah harapan anak-anak ibu.
Anak-anak ibu bergantung sepenuhnya pada guru-guru disekolah
Mereka adalah insan terbaik untuk anak-anak ibu.
Terima kasih juga buat semua kaum keluarga, rakan-rakan blog dan FB yang 
tidak putus-putus mendoakan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa dan kebaikan kalian semua....aminn..


p/s:
Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...


19 November 2012

Selesai Juga Akhirnya.

Salam rindu semua......
Sejak Rabu ibu sibuk merewang di rumah kakak ipar
sempena majlis perkahwinan 2 orang anak perempuannya (anak saudara ayah).
Lagipun rumah kami selang sebuah je.
Majlis 3 in 1 menambahkan  lagi kesibukan.
Kebetulan Farouk pun masih dalam pantang
dan memerlukan penjagaan yang rapi....

Masih dalam proses berpantang.
TV dan buku conteng jadi teman farouk......
Anak manja ayah yang dijaga rapi.
Makan ayah suapkan, mandi ayah gosokkan, tidur ayah dodoikan.
Teringat masa ibu dalam pantang bersalin.
Begitulah layanan ayah pada ibu.
Rasa macam puteri raja pulak.


Dalam masa yang sama ibu berkejar ke majlis rewang rumah MIL. 
Bermula dengan majlis doa selamat pada malam Khamis, Khatam Al-Quran pada malam Jumaat,
Akad nikah pada pagi Sabtu dan majlis persandingan 2 pasangan serentak pada
hari Ahad.
Majlis berganda memerlukan kerja yang berganda jugak......

 Hari kemuncak, rumah ibu jadi tempat  menyediakan makanan untuk makan beradab pengantin.
Masakan pun berganda kerana ada 2 pasangan pengantin.....
Ibu pun tak sempan nak snap gambar lain akibat kesibukan melanda.....

 Pelamin yang didirikan di luar rumah.....

Pasangan pengantin, Nur Khairani bersama pasangan (berbaju purple gelap)
dan si adik Nur Diana bersama pasangannya (berbaju biru) .
Ibu sekadar sempat snap sekeping gambar aje.
Temanya biru.
Kami sekeluarga memakai baju biru sedondon.
Ibu sekeluarga doakan agar mereka bahagia hingga ke syurga...aminn....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.......

17 November 2012

Keakraban Kami....

Saja-saja tepek gambar Hari Anugerah buat kenangan.
Keakraban kami tanpa mengira status....
Pakcik jaga, tukang kebun, pembantu am, kerani, rakan guru, guru2 penolong kanan dan GBesar..
Kami saling membantu dan saling melengkapi antara satu sama lain.....
 Terkadang kami serius...terkadang gila-gila...terkadang bertikam lidah, gaduh-gaduh, pujuk memujuk ..terkadang huru hara......hehehe.....

 Main tunjuk-tunjuk.....kami nampak anak bulan...
Cuti dah bermula.
Anak-anak didik bercuti tetapi cikgu masih perlu ke sekolah.
Masih banyak tugasan menanti kami.....

 Sedang kami posing gila-gila, tiba-tiba datang cikgu Z.
Kami gelar dia cikgu besar..maklum la saiz badannya yang besar tu.....hehehe.....
Bergegar pentas dibuatnya...
Bukan sekali tetapi berkali-kali.
Bunyi macam sesuatu nak patah......itu yang kami gelak sakan.....

Ketawa kami makin menjadi-jadi....bergegar 1 dewan....
Cikgu Z mengatur langkah dengan ayu dan sopan...Risau takut pentas roboh.....hahaha.....

Akhirnya barulah kami mampu meredakan keadaan yang huru hara.......
Masa ni Guru Besar tidak dapat bersama kerana menghadiri meeting di PPD.....

p/s:
Maaf ye ibu masih tak mampu untuk BW.
Dalam beberapa hari ini sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak saudara 
sebelah ayah........


15 November 2012

Cuti-cuti @ Melaka...

Salam Ma'al Hijrah semua.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang kita tinggalkan.....

Kali ini masih n3 terperam.
Kisah awal cuti yang berlalu sudah beberapa hari tapi ibu tidak cuti ye.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan di sekolah.....
.
Hari terakhir persekolah ibu dikunjungi tetamu.
Adik ibu, Atie (Su Tie) sekeluarga bercuti di sini.
2 hari  ibu menghabiskan awal cuti di Melaka bersama keluarga atie....
Atie sekeluarga tiba dihari akhir persekolahan iaitu hari Jumaat.
Maklum la kat Kelantan depa dah mula bercuti sekolah.

Hari pertama, ayah selaku driver bawa kami ke Menara Taming Sari.
Kami pergi sebuah kereta je sebab MPV ibu boleh memuatkan keluarga ibu dan keluarga kecil Atie.
Anak ibu yang ikut pun cuma Farouk  sorang......
Yang lain masih ada urusan tuisyen di sekolah.
Ayah tinggalkan kami di situ untuk menjemput Along di KMM.
Posing dulu sebelum naik Menara Taming Sari.
Ibu pun tak pasti dah berapa kali ibu naik menara tu.
Maklumlah jadi pemandu pelancong pada kaum kerabat yang datang bercuti....hehehe..

Di atas Menara Taming Sari.
Atie bersama Baby Balqis yang semakin besar......

Pemandangan dari atas....

Selepas turun dari menara ibu bawa Atie ke sekitar A-Famosa.
Maklum la Atie cikgu Sejarah.
Bukan main seronok dia melihat deretan muzium di sekitar kawasan tu.
Cuma kami tak sempat masuk kerana Baby Balqis pun ikut sama.
Kami sekadar ronda-ronda di kawasan tu.....
Farouk bersama family Su Tie n uncle....

Kami terus ke Bangunan Stadthuys..
Kat sini Atiey beli cenderahati kenangan..... 
Sedang bershopping sampai tak hinggat......

Lepas tu si cubby dan Farouk nak naik river cruise.
Layankan ajelah budak-budak berdua nie.
Kat atas river cruise

Pemandangan sisir sungai....

Hari ke 2 di Melaka, ayah bawa kami jalan-jalan ke Zoo Melaka.
Si cubby Iman sibuk nak ke zoo.....
Bukan main seronok lagi dia ke sana....
Si cubby, Iman Amsyar yang teringin sangat nak tengok binatang...
Dah tak sabar-sabar nak naik tren....
.
Lepas naik tren, kami jalan-jalan kawasan sekitar.
2 orang kanak-kanak rebina yang dah kepenatan.....

Beby dan Farouk sibuk nak naik kuda.
Yang kelakarnya Beby siap pakai kasut wedges naik kuda...xsesuai langsung......

Iman sekadar menyaksikan Beby a.k.a kak Nana dan farouk naik kuda......

Balqis yang dah semakin besar dan sihat......
Siapa sangka pernah suatu ketika baby Balqis yang kritikal di ICU
di usia 5 hari kini
mampu hidup sihat dan semakin bijak sekarang.....
Kisah Qaisara Balqis ...klik SINI .
Alhamdulillah....


Seterusnya ayah bawa kami jejak kesan Sejarah.
Naik pening ibu dibuatnya sebab ibu tak minat Sejarah...huhuhu...
Banyak juga destinasi yang ayah bawa kami.
Antaranya makam Hang Tuah, Muzium Kapal Selam, Makam Hang Tuah dan
entah mana-mana lagi......

Perigi Hang Tuah

2 hari kami habiskan cuti kat Melaka.
Pukul 11 malam baru sampai rumah....

Malas ibu nak upload gambar.
Banyak sangat sebab guna 3 buah kamera.....

p/s:
Sehari dua ni ibu sibuk meeting di sekolah yang tak sudah-sudah dan
balik rumah berkejar rewang di rumah SIL untuk majlis perkhawinan 2 orang anak perempuannya....
Penat...penat.......

14 November 2012

Kisah Farouk di bulan November...

Dairy kanak-kanak rebina....

Masa kerajinan datang, Farouk akan jadi masterchef.
Suka sangat mengacau ibu kat dapur.
Terkadang ibu biarkan aje dia ambil alih kerja mengoreng.....

Masterchef sedang goreng cendawan......Habis bersepah 1 dapur..Sabar jelah.....

Cendawan yang telah siap digoreng oleh masterchef Farouk....

  Terkadang Farouk mengantikan ayah menemani ibu.
Upah menemani ibu pergi servis kereta di Tangkak.
kek pun nak yang ada kereta.
Ikutkan aje.....

Kiri kanan dia snap pic.
Naik kekok cik abang mekanik ni nak buat kerja.....Alahai.....

Petang hujung minggu, dah jadi rutin Farouk cuci kereta ibu.
Kalau dulu semua tu kerja ayah tetapi sekarang farouk yang ambil alih.
Nak kata bersih takde makna pun........huhuhu..
Motif utama dia nak main air...BAsuh kereta entah ke mana...Dia yang lencun.....

Farouk sewaktu menerima cenderahati sewaktu hari lahirnya.
Bersama-sama rakan dan guru yang lahir bulan Oktober....

Farouk juga menerima Anugerah Emas untuk I-NILAM...
Ibu tak sempat nak snap gambar masa hari penyampaian sijil nie.
Untuk tidak menghampakan si tuan badan, snap je gambar kat dapur....hehehe.....

Pagi tadi ibu dan ayah ke klinik untuk proses khatan farouk.
Ayah dah booking 1 bulan yang lepas.
Itu pun di atas permintaan dari farouk.....
Ibu nampak ayah macam berat hati je.
Katanya farouk masih kecil la, masih baby la..
Hish!!!! macam-macam alasan ayah.
Ayah yang "over" risau + takut....
Akhirnya ayah mengalah dan mengikut kehendak farouk...............

Sebelum pergi ke klinik sempat farouk berchit-chat dengan ibu.
Masa tu farouk kat ruang tamu dan ibu kat dapur....
Kelakar pulak budak nie....

Sedang menunggu giliran.
13.11.12....tarikh keramat buAT FAROUK....
Masa booking farouk kena giliran ke 3.
Masa ibu snap pic ni farouk tak putus-putus bertasbih dan berselawat.
Katanya nevous....hehehe.....
Sebenarnya ibu dan ayah yang terover nevous....

Yang kelakarnya kami berdua masing-masing takut nak masuk menemani farouk berkhatan.
Akhirnya ayah mengalah dan menemani farouk.
Ibu yang di luar dah tak senang duduk...
Alahai, orang lain cool dan releks je ibu tengok tapi ibu dan ayah terover risau....
 Nasib baik anak lelaki sorang je......Haru betulllll.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Semasa keluar dari bilik  lepas berkhatan, farouk senyum je...
Lega hati ibu dan ayah nie......
Moga farouk cepat sembuh........

About me