Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mei 2009

Luahan Hati Versi Cuti Sekolah



Sabtu 30.5.09 - HOREYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!CUTI...CUTI....CUTI.....Sekolah mula cuti. "Ibu kami nak balik Kelantan... dah rindu kat Atuk Ayah, Atuk mama, iman, su ti , dan ayah su " . " Kami rindu nak gi Rantau Panjang, nak gi Pengkalan Kubur....nak window shopping " . " Kali ni kami tak nak gi bercuti...cukuplah dapat jumpa atuk....kami dah rindu sangattttt".. .....Luahan hati anak-anak ibu... "Oklah..kita akan balik kg bila dah lapang sikit " Horreeeeyyyyy!!!!!!!!!!




Emm...dah penuh jadual dengan program. First Along ada tuisyen, Angah terpilih ke program di Dewan Serbaguna , ibu ada kelas tambahan dan ayah...emm tak payah cakap lee...kalah PM......Emm anak beranak sibuk dengan program....

Awal-awal cuti ibu dah ada program... konon-konon dijemput jadi penceramah untuk kursus ICT....eh, boleh ke bagi kursus kat rakan-rakan guru ni... kalu untuk student tu kira oklah coz tiap-tiap hari dok ngadap muka mereka.....apa pun ibu cuba yang terbaik. Yelah berkongsi sedikit ilmu yang kita ada....besar pahalanya...so far nampaknya oklah..memang kekawan excited sangat nak belajar..masa dah abis pun masih tak berganjak dok ngadap komputer masing-masing.....nampak gaya kena tambah masa sampai petang.....terima kasih semua atas kerjasama.


Ni semasa sesi kursus....jadi penceramah jemputan kekononnya...




Coming soon kita berkongsi satu lagi ilmu yek.....depa ni berminat sangat nak belajar tentang "ULEAD STUDIO 9" katanya movie maker kat dalam lap top tak best sangat. Yang ni konon-kononnya canggih le sikit. Thanks a lot untuk Encik Isa B Sudar (Pegawai kat PKG Serom) yang berkongsi ilmu tu..ibu dapat tu pun time gi kursus selama 2 hari kat PKG Serom....


Ibu ni spesis kalu dah dapat benda baru mulalah leka. Tak ingat makan- minum dok ngadap lap top siang malam. Nasib baik dapat suami yang cool dan tak kisah. Terkadang tidur sampai pukul 2 pagi nak siapkan satu-satu program.. syok sendiri katakan. Time tu suami mula keluar masuk bilik...he...


Kekawan selalu tengok ibu selalu dok tayang movie setiap kali ada program... Anak-anak murid apa lagi...bangga setiap kali tengok muka depa ada kat dalam video yang ditayangkan kt LCD yang besar tuu... siap dengan lagu terkini....Seronok dan ibu rasa ada satu kepuasan bila dapat buat benda-benda tu.. bukan nak cari glamour tetapi kerana minat...



Tapiiiii..... ibu sedih bila ada yang mula ambil kesempatan....ibu lakukan ini ikhlas dan tak pernah berkira pun...siap beli kamera digital yang ke 2 (walau pun dah ada tetapi yang first tu ayah punya...he, he, he...kekonon tak nak kongsi lagi dah.. ......cz nak bawa sekolah tiap-tiap hari macam bawa handset..tu ibu beli yang lagi ringan dan nipis dari ayah punya..berhabis duit pun tak kisah asal hati puasssss.......) , beli CD , printer colour pribadi, dan macam-macam (malas nak sebut kat sini)............ ibu ni memang suka merakam apa jerr peristiwa yang berlaku...Konon nak simpan sebagai kenangan dan koleksi PSS dan peribadi....ibu tak pernah berkira semua tu...........berhabis pun tak pe janji hati puas....tapiii..sekarang bila dah jadi cam tu ibu rasa amat terkilan sangat.....


Nampaknya ada orang yang mula ambil kesempatan.....Bila dah buat gitu depa ingat ibu ni camera woman tetap........(Oiii saya ni pompuan lee..Tak manis le tertonggeng depan orang...kalu setakat kat depan kekawan atau anak murid tak kisahlah..)...Pernah sekali tu ibu sedang ada program kat makmal komputer.....ibu dengar cerita dari kekawan ada orang membebel coz ibu tak datang tangkap gambar kat padang... emm mulalah hati rasa sedih, kecil hati dan kesal...


Sejak hari tu ibu dah merajuk sendiri......Rasa sedih sangat coz kerja ikhlas kita selama ini dijadikan satu rutin yang mesti kita kena buat...ibu siap cakap dah tak nak lagi bawa kamera (ada yang anggap ibu guna kamera sekolah....kamera sekolah dah boleh hapus kira laaa.., hantar kedai recyle pun dah tak laku..he,he,he..), tak nak lagi tangkap gambar, dan tak nak lagi buat itu ini...


Mujur ada kekawan yang faham dan menyejukkan hati ibu niiii...Apapun ibu bersyukur dapat ramai kekawan yang terlalu baik , selalu beri dorongan, semangat dan take care....thanks a lot....I love you all so much....buat ina, mahani, anis, enab, zana, lia, rahmah dan yang tak tersebut namanya di sini Terima kasih kerana terlalu memahami....

28 Mei 2009

Karnival Pendidikan & Pesta Buku 09

Pada 27.5.09 ibu bawa anak-anak murid seramai 40 orang ke Karnival Pendidikan dan Pesta Buku di Muar. Emm..memang banyak buku-buku yang dijual dan murah. Memang geram tengok dan rasa nak beli semuanya. Sempat singgah di gerai seni...apa lagi.. leka seketika melihat hasil seni yang dipamer. Siap buat demo sekali....hai, rasa nak beli semua benda tuu.....
Nasib baik masih waras lagi , kalu takk...habis lee....

Bergambar bersama pelukis berbakat di gerai Warisan Seni, Muar


Bersama Ina dan Anis di karnival.

26 Mei 2009

Farouk




Salam ayah u dan keluarga semua.. ni gambar terbaru Farouk. Comel takk... he, he,he...ni baru balik sekolah dan tu baju uniform Fayok..tengak penat...nak lepak jap.

23 Mei 2009

Selamat Hari Lahir Mama


Selamat Hari Lahir untuk mama tersayang Hajah Hanisah Bt Abdullah pada 23 Mac 2009.
Dari kejauhan ini kakak mendoakan kesejahteraan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan mama. Setiap detik denyutan nadi kakak setiap kali itulah ingatan kakak dan kasih sayang kakak yang tidak terhingga untuk mama. Walau di mana kakak berada, kakak tidak pernah lupa berdoa untuk mama. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mama curahkan untuk kakak. Tidak terbalas dengan wang ringgit dan intan permata.... terlalu agung dan suci kasih sayang mama untuk kakak......semoga mama mengampuni dosa-dosa kami ....anak-anakmu yang terlalu banyak kerenah....atau tanpa kami sedari telah menguris hati dan perasaan mama ....ampunilah kami mama.....



KASIH MAMA
Kasihmu mama,

Semenjak daku dalam kandungan,
Lemah longlai tubuhmu,
Letih dan lesu sembilan bulan,
Kasihmu mama Ibarat nyawa di hujung kuku,
Melahirkan daku ke dunia ini,
Ketika malam sudah lena dan sepi....

Kasihmu mama,
Menyambut kelahiranku,
Dengan hati penuh girang,
Ibarat bulan purnama gemilang......


Kasihmu mama,
Memeliharaku penuh kasih sayang,
Tanpa mengenal lelah dan jemu,
Mengasuhku malam dan siang...


Kasihmu mama,
Kasih sejati tiada bandingan,
Sentiasa mendoakan daku,
Agar menjadi insan budiman.....


MAMAku
Mamaku tersayang,

Tanpamu aku tidak mungkin lahir,
Ke dunia indah ini,
Tanpamu aku tidak mungkin mengenal,
Dunia penuh warna-warni ini...


Mamaku tersayang,
Jasa dan pengorbananmu,
Tidak mungkin dapat kubalas,
Engkau menjaga dan memeliharaku,
Engkau mengasuh dan mendidikku,
Sepanjang siang sepanjang malam,
Kasihmu sepanjang zaman.,


Mamaku tersayang,
Engkau bagai hembusan bayu,
Sentiasa membelaiku,
Engkau bagai suluhan pelita,
Petunjuk jalan hidupku.....


Mamaku tersayang,
Jasa dan pengorbananmu,
Kusanjung tinggi,
Bagai mawar harum,
Sentiasa mekar berkembang.....
Fajar pagi mengundang lembut,

suaramumengejutkan aku,
agar bangkit memulakan langkah baru,
berteman embun dan kicauan burung,
bersama tekad yang satu
mengatur impian murnimu, mama......


SAJAK BUAT MAMA
Saban pagi menyapa waktu yang berlalu,

kauredha dengan rutin hidup yang dilalui,
menyuap daku,
dengan sarapan yang kau sediakan,
menasihati daku,
dengan kalimah bicara dan tutur yang sopan,
menghantar langkahanku,
dengan ciuman dan lambaian kasih sayang...


Di dadaku mama,
yang ada hanya dirimu,
berombak kasih yang tidak mungkin tersisih,
beralun sayang yang tidak mungkin padam,
teguh bertakhta berbaja di jiwa,
mekar dan ranum terabadi,
dalam sejarah hidup anakmu ini....
Langkahanku penuh bersemangat,
segala pesanan ibu kemas tersemat,
untuk kujulang sebuah kejayaan,
hadiah yang paling bererti buatmu mama,
insan tersayang......

Greding Taekwando-Farouk dan Naurah

Naurah sedang menunggu giliran bersama peserta yang ambil ujian ke gred 6. Naurah yang paling muda. Baru 9 tahun daaa.........takpe kecil pun kuat apa......


Farouk selamba jerr... masih tak faham kot pasal test ni. Maklumlah kena lawan dengan abang-abang yang dah besarr.....ok aje dia...
Naurah dan Farouk ambil greding Takwando kat Muar. Naurah ambil ke gred 6 (tali pinggang biru) dan Farouk baru first time ambil....

22 Mei 2009

Resepi kegemaran anak-anak ibu

a.Ayam masak Yummyyy....
Bahan :
- 1 ekor ayam di potong 8
- selabu bawang besar dipotong nipis-nipis
- daun bawang dipotong.
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar tepung jagung/gandum
- garam secukup rasa
- sedikit minyak masak.

Cara-cara :
1. Ayam diperap bersama lada hitam, sos tiram, kicap, garam.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan ayam yang telah diperap.
3. Balik-balikkan ayam supaya tidak hangus.
4. Bancuhkan tepung jagung/gandum dengan air dan baki sos yang digunakan tadi dan
masukkan ke dalam ayam.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang.
6. kacau hingga sebati.


b. Ayam masak rose ( resepi dari mama kesayangan)
Bahan :
- Seekor ayam dipotong lapan
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- minyak untuk menumis
- air.


Cara-cara :
1. Perapkan ayam bersama lada hitam, garam dan serbuk perasa ( 1-2 jam)
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih sehingga garing.
3. Masukkan ayam yang telah diperap.
4. Masukkan sedikit air dan tutup periuk.
5. Tambah air dan biar ayam masak.
6. Semasa menghidang, masukkan bawang besa(dipotong nipis), daun bawang dan bawang
goreng.


c. Ayam sweet sour 4F (resepi ciptaan ibu)
Bahan:
- Sebiji bawang besar - dikisar
- 3 ulas bawang putih - dikisar
- 5 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar cili boh
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah dikisar
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
3. Hidang dan hiaskan dengan daun bawang.


d. Murtabak Maggie (resepi dari kak long)
Bahan:
- 3 bungkus maggie perasa kari(direbus dan toskan)
- 2 peket perencahkari maggie( 1 peket simpanlah ye....)
- 2 biji telur( lebih lagi sedapp...)
- daging cincang/burger/sosej/apa-apa jerrr...
- sebiji bawang besar dicincang
- minyak masak
- daun bawang/bawang goreng atau apa-apa aje stok yang ada kat rumah.
- lada besar dipotong kecil.

Cara-cara:
1. Pukul telur bersama perencah kari maggie, bawang , cili, daging yang telah dicincang.
2. Masukkan maggie yang ditos.
3. Panaskan ceper dan letakkan sedikit minyak/majerin...ratakan.
4. Cedukkan bahan yang telah dicampur tadi dan letakkan di atas ceper .
5. Biar seketika dan balikkan setelah agak garing kemudian angkat.
6. Hidangkan bersama sos cili.

p/s : sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kerana senang dan cepat dimasak....

19 Mei 2009

Hadiah Hari Guru 2009

Nilah antara hadiah yang ibu dapat pada hari guru. Terima kasih anak-anak muridku yang tersayangggg..........

18 Mei 2009

Happy Birthday Ayah

Ayah & Farouk masa kat rumah atuk mama, Kelantan. Like Father Like Son...emm

Selasa 14.4.09 Birthday ayah yang ke ???????....he, he, he...rashia. Kami pakat-pakat buat suprise untuk ayah. Nak beli kek, ayah teramat tak suka makan kek macam ayah tak suka bergambar. So kami belikan ayah minyak wangi jenama terkini keluaran AVON (ayah suka minyak wangi yang baunya lembut , terutama yang ibu punya..terkadang ayah curi-curi pakai minyak wangi ibu )...dan sebuah buku (ayah ulat buku so sangat sesuailah tuuuu...). Pagi-pagi, sebelum pergi sekolah kami masukkan hadiah tu dalam beg lap-top ayah... " Happy Birthday AYAH" .......... kami doakan agar ayah panjang umur, murah rezeki dan suksess dengan kerja-kerja ayah. ******You are the best....

17 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009


Dari 15hb lagi hp aku dah terima ucapan..Sepanjang hari hp asyik menjerit tanda terima sms. 
At last hp jadi kembung kerana dah padat dan sarat dengan sms.
 Terima kasih diucapkan kepada kak long (satu-satunya kakak yang terrrsayang), atie ( adik yang terrsayang) , cikgu yati (ex-GB), cikgu munah(GB), kak ani, rahmah, as, dihah, anis, osman (eh, mimpi apa lak pak we ni), kak junaini, zana, enab (paling lewat antar sms), kak sabar dan kekawan yang tak tersebuttt namanya.
Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada suami, rakan perjuangan di SKPK., rakan-rakan guru, dan bekas-bekas gurukang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia...( al-fatihah).. 
Juga untuk abah yang juga bekas seorang guru. 
Terlalu banyak pengoranan yang dicurahkan. 
Kini tahulah aku betapa gembira, bangga, pedih, penat dan berbagai-bagai pengalaman yang telah aku lalui sepanjang bergelar guru. 
Kerana tugasku juga aku menjadi lebih sabar dan tabah.

Khas untu pelajar-pelajar cikgu, kejayaan kalian adalah hadiah yang paling berharga buat cikgu...teruskan berusaha untuk capai kejayaan....aminnn.


Macam-macam
mak kata CIKGU macam maggi....makanan ketika susah,
ayah kata CIKGU macam D'SEEKERS..... menakutkan,
atok kata CIKGU macam ASTRO.....macam-macam ada,
tapi saya kata CIKGU macam L'OREAL....kerana,
DIRIMU BEGITU BERHARGA!!!
Seorang Guru
guru...dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam tangannya insan terbina..
berbahagialah menjadi guru...
SELAMAT HARI GURU.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

16 Mei 2009

Jom Jalan-jalan Melaka

Bercuti bersama keluarga Umi di Melaka.
1.5.2009 - 2.5.2009
( Jumaat - Sabtu )
Seronok bila umi dan baba call nak datang ke Muar.
Farouklah orang yang paling tak sabar coz nak jumpa sepupu kesayangannya kak Yaya.
Setiap jam tanya berapa hari lagi umi nak datang sampai ibu naik lemas dan rimas.
Sebenarnya ibu pun seronok gak coz kak long nak datang...
eemmm lama tak bergosip, rindu pulak.
Tu pun belum cukup geng coz su tie dan atuk mama tak ada.
Umi sampai dah malam.
Masa tu ayah tak ada kerana ada perhimpunan hari pekerja
kat Melaka dan malamnya ada diner lak dengan Ketua Menteri Melaka.
Gitulah ayah, sentiasa sibuk tetapi kami dah faham sangat dan tak merungut pun....
orang sibuk katakan...VIP.

Jumaat 1.5.09 Kami pergi ke Gunung Ledang
sampai tengahari dan petangnya pergi Melaka.
Esoknya ayah dah ada so ayah bawa lagi sekali ke Melaka...
emmm pusing dari pagi sampai malam....
Hari Ahad Umi dah balik...bye,bye Umi, baba dan Kak Yaya..
Farouk paling sedih coz tak puas main dengan kak Yaya...
Menara Taming Sari, Melaka

Pantai Puteri, Melaka.

Pantai Puteri, Melaka.
Eye On Malaysia, Melaka.
Menaiki kereta lembu

Zoo Melaka.
Zoo Melaka.
Muzium Lebah

Gunung Ledang, Tangkak.

Anak-anak ibu yang Cemerlang

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK Agama(11.4.09).
Naurah dapat no 1 dan terbaik akademik,
Kak Nana cemerlang SDEA(Th 6) dan
Angah cemerlang (SDKA)...dan Along..
dah tamat Darjah Khas Agama(SDKA) dgn cemerlang (07)....
YB Dato Ghani B Othman (MB Johor)
yang sampaikan piala tuuu....
Tahniah anak-anak ibu yang semuanya cemerlang!!!!!
Teruskan kecemerlangan ini....

Cerita Along, Angah & Beby

Ni piala Boogle & Scrabble yang Beby dapat.

Februari - Beby masuk Pertandingan Anjuran Panitia Bahasa Inggeris (Minggu Bahasa Inggeris). Beby dapat Johan Pertandingan Boogle dan ke 4 Pertandingan Scrabble....


Jumaat 27.3.09 - Beby dijemput ke SKPK coz beby dapat anugerah pelajar cemerlang UPSR 08. Hadiah disampaikan oleh YB Ir. Hamim B Samuri (ADUN Parlimen Ledang).. Dapat duit lee....best..


Sabtu 25.4.09 - Hari Anugerah Cemerlang SMBG. Hari tu.... angah terima anugerah tempat ke 2 dari 300 lebih pelajar (keseluruhan tingkatan 1 - 08)..Anugerah tu disampaikan oleh YB Ir. Hamim B Samuri ( ADUN Parlimen Ledang).....Harap-harap tahun ni jadi top 1 la pulak yeerrr...insyallah!!!!!


Rabu 29.4.09 - Along dapat Johan Pertandingan Nasyid... Tahniah

GAMBAR BIRTHDAY Along & Angah(fn ke 1 & 2 )

Birthday Angah yang ke 14 tahun dahhh.....

Ni masa birthday along. Dari kiri F.Naurah, along & angah......

Ayah yang beli kek keju perisa mangga...best..yummy.

Kejayaan Kakak

Ni sebahagian dari gambar kakak terima hadiah (Jan-Mei)
Program Hari Buku 30.4.09 - Hadiah Tempat Pertama Melukis Poster Tahap 1, Pertama Mewarna Poster, Ke 2 Buku Skrap
Anugerah Pembaca Terbanyak Tahap 1 semasa Program Hari Buku pada 30.4.2009-kakak dah baca sebanyak 701 buah buku (tu setakat bulan Februari jeerr.). Banyak tuu...

Program Kebakaran dan keselamatan pada 6.3.09 . Kakak paling kiri dapat hadiah dari pihak bomba kerana dapat jawab soalan Kuiz spontan wakil Tahun 3.

Johan Kuiz Lisan , Johan Kuiz , Johan Ejaan Baru Jawi dan juga Johan Mewarna Poster Sempena Maulidur-Rasul (27.3.09) . EEmmm jangan jelous ye..Oh ye..masa sambutan Hari Guru Sekolah Agama, kakak juga dapat Johan mewarna poster.
Masa Karnival Akedemik Zon bulan Mac, kakak wakil sekolah dalam pertandingan Smart Mathematics di SK Sawah Ring. Tahun ni kakak cuma dapat tempat ke 3 peringkat zon. Tu pun kerana seri dengan SK Bukit Gambir. Tahun lepas kakak dapat Johan dan wakil zon ke Daerah. Oklah kakau ada rezeki tahun depan cuba lagi.

HAPPY BIRTHDAY KAKAK


Pada 3.2.09 birthday kakak ( Farah Naurah fn ke 4) yang ke 9. Ayah belikan kek keju warna oren...yummy!!!!! Kakak dapat banyak hadiah...best tau. Kakak anak zaman melineum ( Tahun Naga Emas !!!!!!!! )

About me